Honda BR-V terbabas langgar rumah

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari media sosial
Dua beranak terselamat selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar sebuah rumah di hadapan kepala Simpang di Taman Perak, di Kulim pada Jumaat.


Difahamkan, ketika kejadian empat sekeluarga yang menghuni rumah berkenaan tiada di rumah.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Redzuan Salleh berkata, polis menerima maklumat berhubung kemalangan pada 2 petang.

 

Beliau berkata, Honda BR-V itu dipandu seorang lelaki berusia 45 tahun bersama penumpang hadapan iaitu anak perempuannya berusia 15 tahun.

 

"Hasil siasatan mendapati SUV terbabit sedang bergerak lurus dari Taman Perak hendak membelok ke simpang kanan menghala ke Taman Emas.

 

"Sewaktu tiba di lokasi kejadian, kenderaan dinaiki dipercayai hilang kawalan dan terbabas sebelum terlanggar rumah yang berada di hadapan kepala simpang.

 

"Pemandu kereta mengalami luka di kaki dan tangan, manakala anaknya luka di dahi dan leher. Kedua-duanya mendapat rawatan pesakit luar di Hospital Kulim," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

 

Mohd Redzuan berkata, pemandu kereta membuat laporan polis dan dia turut menjalani ujian saringan air kencing dengan keputusannya negatif.

 

"Siasatan mendapati pemandu mempunyai lesen memandu dan cukai jalan yang sah tempoh dan kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Melalui strategi perniagaannya menjelang tahun 2023, Honda menyasarkan untuk mencapai jumlah jualan…
Berita Domestik
Kempen panggil semula ini merupakan salah satu daripada langkah keselamatan berjaga-jaga yang…
Model Terbaharu
SUV tujuh tempat duduk itu didatangkan dengan enjin 1.5 liter DOHC i-VTEC yang mampu menghasilkan…