Honda buka tempahan HR-V generasi baharu, pelancaran Q3 2022

oleh Mohamad Hanif|
Honda Malaysia hari ini secara rasmi membuka tempahan bagi SUV generasi baharu Honda HR-V 2022, mendahului pelancaran yang dijadualkan berlangsung pada suku ketiga tahun ini (Q3 2022).
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Bakal ditawarkan dalam varian petrol dan hibrid (e:HEV), Honda HR-V 2022 membawakan ukuran sepanjang 4,385 mm, 1,790 mm lebar, tinggi 1,590 dengan jarak antara roda 2,610 mm.

Varian RS pula bakal menampilkan trenkuasa hibrid e:HEV yang dikuasakan oleh sistem i-MMD (intelligent Multi-Mode Drive) yang mampu menghasilkan kuasa setinggi 131 PS dan 253 Nm, serta tiga pilihan mod pemanduan iaitu ECON, Normal dan Sport.

Baca: Honda HR-V e:HEV mendarat di Thailand

Penampilan luaran HR-V ini diserlahkan dengan ciri baharu seperti lampu membelok LED sekuential, jalur LED di bahagian belakang, lampu nyalaan siang DRL, lampu kabus LED, serta rim aloi bersaiz 18 inci.

Selain daripada ciri seperti Honda LaneWatch, HR-V baharu ini bakal dilengkapi dengan kelengkapan Honda SENSING yang merangkumi Amaran Pergerakan Kenderaan Hadapan (LCDN), Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), Ciri Mengikut Kelajuan Rendah (LSF), Sistem Brek Mitigasi Pelanggaran (CMBS), Amaran Pelanggaran Hadapan (FCW), Bantuan Pengekalan Lorong (LKAS), Mitigasi Keluar Jalan (RDM), Amaran Keluar Lorong (LDW) dan Bantuan Suluhan Tinggi (AHB).

Tempahan Honda HR-V serba baharu ini boleh dibuat menerusi pautan prebook.honda.com.my atau dengan memuatturun aplikasi HondaTouch.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ditawarkan dalam empat varian, Honda HR-V didatangkan dengan enjin 1.5 liter yang lebih kecil untuk…