Honda CB125F 2024 diperkenal di Eropah, ringkas dan masyhur!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Honda CB125F 2024
Honda CB125F 2024
Benua Eropah yang luas dan ramai penduduk bermakna keragaman citarasa juga tinggi dan memberi peluang kepada pengeluar motosikal menawarkan pelbagai model.

Pasaran Eropah juga tidak bermakna segala-galanya perlu hebat, canggih dan terkini. Masih ada ruang untuk motosikal ringkas.

Sebagai contoh Honda CB125F dan pada 2022 menduduki tempat kedua motosikal 125 cc paling masyhur dengan jualan lebih 7,000 unit.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Honda CB125F 2024

 

Model ini bermula sebagai CBF125 yang mula dikeluarkan di India pada 2008 dan dijual di United Kingdom pada Disember tahun sama.

Lebih bersejarah, CBF125 menggantikan CG125 yang dikeluarkan selama lebih 30 tahun!

CBF125 digantikan dengan CB125F dan diperkenal di Eropah sebagai model tahun (MY) 2021. 

Model itu membawa reka bentuk, enjin dan kerangka baharu selain 11 kilogram lebih ringan.

Honda CB125F 2024

Untuk model tahun 2024, Honda memperkenalkan CB125F dengan peredam bunyi, pemegang tangan pembonceng dan dua warna baharu.

Enjin masih sama iaitu 124 cc, silinder tunggal SOHC, 2 injap dengan teknologi enhanced Smart Power (eSP) dan Alternating Current Generator (ACG).

Enjin dengan lima gear itu menghasilkan 10.7 kuasa kuda (hp) pada 7,500 rpm dan tork 10.9Nm pada 6,000 rpm. Seperti biasa enjin dipadan bersama sistem pancitan PGM-FI.

Honda CB125F 2024

Untuk meronda di bandar Eropah atau mengembara dengan motosikal ringkas, Honda membekalkan tangki petrol berkapasiti 11 liter.

Dari segi dimensi, motosikal ini berukuran panjang 2,015 milimeter (mm), lebar 750 mm dan tinggi 1,100 mm.

Ukuran pelana ialah 790 mm atau 15 mm lebih tinggi dengan kelegaan bumi 160 mm. Berat motosikal 117 kg.

Honda CB125F 2024

Penyerap hentak belakang mempunyai lima larasan dan bahagian depan dengan sepit udang teleskopik 30 mm. Tayar depan berukuran 80/100 dan 100/80 di belakang. 

Menghentikan CBF125F ialah angkup brek satu omboh dengan cakera 240 mm dan brek gelendong belakang saiz 130 mm.

Sistem Pembrekan Gabungan (CBS) memastikan penggunaan brek belakang turut membawa daya pembrekan kepada bahagian depan. 

Honda CB125F 2024

Dari segi gaya, CB125F membawa pengaruh model CB yang lebih besar. Pertama kali nampak biasa dan beransur menarik dan menawan apabila diamati dengan mendalam.

Meter digital memaparkan maklumat seperti kedudukan gear, penggunaan petrol, jarak sehingga kosong dan petunjuk Eco. 

Butang mula/henti disatukan seperti suis lampu puncak. Selari dengan perubahan masa, lampu depan jenis LED.

Honda CB125F 2024

Seperti yang dinyatakan, CB125F 2024 menggunakan peredam bunyi baharu dan 45 mm lebih pendek dan perisai haba krom.

Honda turut memberikan pemegang pembonceng baharu daripada aluminium.

Dua warna baharu yang ditawarkan ialah Imperial Red Metallic dan Matt Marvel Blue Metallic selain warna hitam sedia ada.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Honda CB125F 2024