Antara perubahan yang dibawakan adalah petunjuk posisi gear yang boleh dilihat dengan lebih jelas menerusi skrin paparan LCD, diikuti sistem suspensi fork hadapan dinaiktaraf kepada unit Showa Separate Fork Function Big Piston (SFF-BP) 41 mm yang mampu meningkatkan tahap pengendalian mtoosikal ini.
Sementara bahagian suspensi belakang pula menawarkan pelarasan spring sehingga lima tahap.

Jika dahulu, unit perumah lampu utama membawakan warna perak, kali ini Honda CB250R mengutamakan warna hitam pada bahagian tersebut, menjadikan penampilan yang lebih garang.
Dari segi kuasa, Honda CB250R didatangkan dengan enjin 250 cc silinder tunggal yang mampu menjana kuasa setinggi 27 hp dan daya kilas 23.4 Nm, dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan, serta klac slipper yang mampu melancarkan lagi penukaran gear.

Ciri brek ABS dua saluran kini diuruskan secara dinamik oleh unit pengukuran inersia (IMU) bagi memastikan daya brek diagihkan sama rata antara roda depan dan belakang, mengurangkan lonjakan tayar belakang sekaligus memberikan keyakinan kepada penunggang.
Terdapat dua warna pilihan iaitu Candy Chromosphere Red dan Mat Gun Powder Black Metallic.
Harga jualan bermula dari RM23,999 dan didatangkan dengan jaminan pengeluar selama dua tahun atau had perbatuan 20,000 km yang mana tiba dahulu.