Honda CB4X di EICMA, sekadar konsep atau bayangan model baharu?

oleh Muhammad Md Tajudin|
Di EICMA 2019, ruang pameran Honda bukan sahaja dipertontonkan dengan CBR1000RR-R Fireblade tetapi juga sebuah motosikal konsep CB4X.

Ini adalah hasil kerja Pusat Rekabentuk Honda di Rome yang diketuai oleh Valerio Aiello dan pasukan perekanya. Apa yang menarik tentang model eksperimen ini ialah konsep yang menggabungkan bentuk sport dan touring.

Nama CB merujuk kepada siri model tradisional Honda dan angka empat mungkin bermaksud sesaran enjin atau silinder. X pula biasanya merujuk kepada cross atau touring.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Honda CB4X

 

Dalam barisan motosikal Honda, CB400X adalah 'adik' kepada CB500X. Motosikal itu dikuasakan enjin 399cc dengan output 45.5 hp pada 9,500 rpm dan tork 37Nm pada 7,500 rpm.

Rekabentuk CB4X jelas menarik perhatian dan kelihatan unik, menurut Honda motosikal ini dibangunkan untuk dua fungsi iaitu tunggangan harian di bandar dan penjelajahan ke luar kota pada hujung minggu.

Enjin motosikal ini dikuasakan oleh bentangan sebaris empat silinder. Jelas kelihatan ialah dua batang ekzos SC Project. Tangki minyak dicondong ke depan seperti ular tedung manakala skrin boleh dilaras sepenuhnya dan diintegrasi ke dalam fairing.

 

Honda CB4X

 

Lampu depan ala berlian ditemani lampu nyalaan siang (DRL) manakala bahagian belakang direka pendek dan tajam. Roda depan motosikal ini berukuran 17 inci yang diapit oleh fork USD Ohlins manakala tugas pemberhentian diserahkan kepada set Brembo.

Tidak dapat dipastikan adakah model ini sekadar konsep atau bayangan kepada model akan datang. Apa pun tujuannya, ia sebuah motosikal dengan konsep menarik untuk diteroka oleh Honda.

Penulis: Muhammad Md Tajudin