Honda CB650R, CBR650R 2021 dilancarkan secara rasmi, bermula dari RM43,499

oleh Mohamad Hanif|
Boon Siew Honda baru-baru ini mengumumkan pengenalan sport bike middleweight Honda CBR650R dan jentera Neo Sports Cafe Honda CB650R versi 2021 yang didatangkan dengan naiktaraf kelengkapan, ciri serta warna baharu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Kedua-dua jentera CB650R dan CBR650R ini menampilkan sistem suspensi hadapan fork Showa 41 mm jenis Separate Function Big Piston USD yang menyumbang kepada pengendalian yang lebih baik.

 


Selain daripada itu, terdapat juga slot pengecasan USB Type-C yang dimuatkan pada bahagian bawah tempat duduk bagi memudahkan penunggang mengecas peranti pintar, sementara paparan LCD pula dikemaskini dengan perubahan sudut LED serta saiz fon.

Dari segi kuasa, kedua-dua Honda CBR650R dan CB650R didatangkan dengan enjin 649 cc DOHC 16 injap yang kini memenuhi piawaian pelepasan emisi Euro4, menghamburkan kuasa setinggi 94 hp @ 12,000 rpm dan daya kilas 63 Nm @ 8,500 rpm.

Ia juga menampilkan ciri Honda Selectable Torque Control (HSTC) bagi mengawal kadar cengkaman roda belakang.

 


Untuk Honda CB650R, terdapat dua warna pilihan iaitu Candy Chromosphere Red atau Mad Gunpowder Black Metallic dengan harga bermula dari RM43,499.00.

Sementara model Honda CBR650R boleh didapati dalam warna Grand Prix Red atau Mat Gunpowder Black Metallic, serta harga jualan bermula dari RM45,499.00.

 


Kedua-dua harga yang disebutkan itu tadi tidak termasuk cukai jalan, insurans, serta pendaftaran, dan tertakluk kepada jaminan selama dua tahun atau jarak perbatuan 20,000 km yang mana terdahulu.

Kedua-dua jentera ini boleh didapati di pengedar Honda Big Wing bermula 23 Februari ini.

 

Honda CBR650R

 

Honda CB650R

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Dari segi spesifikasi, kedua-dua model masih mengekalkan kelengkapan yang sama, di mana ia…
Tunggang Uji
Kebelakangan ini, kebanyakan pengeluar cuba tampil dengan pengenalan model baharu yang membawakan…
Pelancaran
Dalam usaha untuk merancakkan lagi pasaran dunia dua roda Malaysia, Boon Siew Honda membawakan dua…