Honda CBR150R Edisi Repsol dilancarkan - 800 unit, dari RM13,499

oleh Mohamad Hanif|
Boon Siew Honda baru-baru ini memperkenalkan Honda CBR150R Edisi Repsol sebagai penambahan yang menarik buat model supersports Honda CBR150R yang telah dilancarkan pada September 2021.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Seperti nama yang tertera, Honda CBR150R Edisi Repsol ini didatangkan dengan liveri Repsol ikonik dengan warna jingga yang diselangi dengan jalur putih dan warna hitam, diikuti dengan rim berwarna jingga yang menyerlahkan lagi penampilannya.
 

CBR150R


Antara ciri-ciri menarik yang sedia ada pada model CBR150R adalah lampu LED penuh, sistem lampu utama berkembar yang agresif, brek cakera, paparan meter digital penuh yang mampu memaparkan lebih banyak informasi kepada penunggang, serta tidak ketinggalan sistem brek anti-kunci ABS dua saluran.

Dari segi kuasa, Honda CBR150R masih lagi didatangkan dengan nadi silinder tunggal sejukan cecair 150 cc yang mampu menghasilkan kuasa setinggi 16 hp @ 9,000 rpm dan daya kilas 13.7 Nm @ 7,000 rpm yang dipadankan dengan transmisi enam kelajuan dan klac slipper yang mampu memudahkan pengalaman tunggangan.
 

CB


Hanya 800 unit sahaja Honda CBR150R Edisi Repsol yang akan ditawarkan untuk pasaran Malaysia, dengan harga jualan bermula dari RM13,499.

Setiap model Honda dilindungi jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perbatuan 20,000 km yang mana terdahulu.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Warna baharu itu boleh didapati di semua pengedar Honda sah seluruh negara bermula esok, 22…
Berita Domestik
Warna yang dimaksudkan itu ialah Mat Charcoal Grey Metallic/Gold, Candy Scintillate Red, Force…
Berita Domestik
Warna yang dimaksudkan itu ialah Mat Gunpowder Black Metallic, Candy Diesel Red dan juga Pearl…