Honda CBR250RR 2022 kini dengan warna Trico Edition - RM25,999

oleh Mohamad Hanif|
Boon Siew Honda seterusnya melancarkan varian warna baharu Trico Edition kepada motosikal supersport bersesaran 250 cc, Honda CBR250RR 2022.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Penawaran warna baharu ini dilihat menguatkan lagi karakter Honda CBR250RR yang membawakan DNA prestasi yang terunggul, futuristik serta reka bentuk badan yang agresif.
 

CBR250RR


Dilancarkan secara rasmi pada tahun 2020, Honda CBR250RR masih lagi mengekalkan enjin silinder berkembar 250 cc yang berupaya menjana 40 kuasa kuda @ 13,000 rpm dan daya kilas 25 Nm @ 11,000 rpm.

Secara standard, ia hadir dengan ciri seperti Quick Shifter, fork hadapan USD, penyerap hentak tunggal dengan lima larasan serta sistem ABS dua saluran yang mampu memberikan keyakinan tunggangan dan keselesaan yang tersendiri.
 

CBR


Selain warna Trico Edition, Honda CBR250RR boleh didapati dalam warna Mat Gunpowder Black Metallic pada harga jualan RM25,999.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Warna baharu itu boleh didapati di semua pengedar Honda sah seluruh negara bermula esok, 22…
Berita Domestik
Warna yang dimaksudkan itu ialah Mat Charcoal Grey Metallic/Gold, Candy Scintillate Red, Force…
Berita Domestik
Warna yang dimaksudkan itu ialah Mat Gunpowder Black Metallic, Candy Diesel Red dan juga Pearl…