Honda CBR250RR 2023 dilancar di Indonesia - 42 PS, 25 Nm

oleh Mohamad Hanif|
Pihak PT Astra Honda Motor minggu ini telah pun selesai melancarkan jentera sportbike Honda CBR250RR 2023.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Versi facelift yang dilancarkan ini membawakan beberapa perubahan, seperti contoh reka bentuk yang lebih sporti terutama pada muka depan, reraup sisi dan pelindung tangki bahan api yang turut menjadikan jentera 250 cc itu lebih aerodinamik.
 

Honda


Dari segi kuasa, nadi parallel-twin 249.7 cc itu kini telah ditala semula bagi menghamburkan kuasa setinggi 42 PS @ 13,000 rpm dan daya kilas 25 Nm @ 11,000 rpm, di mana ia dikhususkan untuk varian SP dan SP QS sahaja.

Sementara varian standard pula mengekalkan talaan asal yang mampu menjana 38.7 PS @ 12,500 rpm dan daya kilas 23.3 Nm @ 11,000 rpm.
 

QS


Versi SP QS yang disebutkan tadi itu merupakan varian tertinggi yang mendapat ciri penukaran gear pantas quickshifter.

Selain daripada ciri quickshifter, Honda CBR250RR 2023 ini turut mendapat naiktaraf fork hadapan jenis terbalik SFF-BP Showa, tiga mod tunggangan, sistem pendikit throttle-by-wire, serta klac assist/slipper (khusus untuk model SP dan SP QS sahaja).
 

QS


Terdapat beberapa warna yang ditawarkan termasuklah Black Freedom, Mat Gunpowder Black Metallic, Mystique Blue, serta tiga warna yang dikhususkan untuk model SP QS seperti Bravery Red Black, Honda Racing Red dan Honda Tricolor.

Harga jualan bermula dari Rp 62,850,000 (RM19,074) untuk versi asas, manakala versi tertinggi SP QS pula bermula dari Rp 79,200,000 (RM24,036).

Berita Berkenaan

Berita Global
  Model 2022 menerima reraut (fairing) dan ekor baharu yang menyerlahkan lagi karakter ala…
Pelancaran Motosikal
Penawaran warna baharu ini dilihat menguatkan lagi karakter Honda CBR250RR yang membawakan DNA…
Pelancaran Motosikal
Honda CBR250RR dilengkapi dengan enjin bersesaran 250cc terbaharu yang direka supaya menghasilkan…