Honda CBR250RR bakal tiba di tanah air akhir tahun ini - sumber

oleh Mohamad Hanif|
Kami pasti, selain daripada jentera-jentera berkuasa tinggi yang dibawa masuk oleh Boon Siew Honda, ada yang masih menantikan kehadiran sportsbike suku liter yang kerap kali timbul tenggelam di telan arus.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Honda CBR250RR sebelum ini pernah dinafikan kehadirannya oleh Boon Siew atas sebab tidak mematuhi peraturan emisi Euro, selain harganya yang dibimbangi terlalu tinggi untuk pasaran Malaysia. 

Berdasarkan satu sumber yang diperoleh rakan media Paultan, sudah terdapat persiapan yang dilakukan oleh Boon Siew Honda di Batu Kawan untuk menyambut ketibaan Honda CBR250RR itu yang dijadualkan lewat tahun ini. 
 


Namun, usah gembira terlalu awal, kerana sumber itu turut mengesahkan bahawa pihak Boon Siew Honda hanya membawa CBR250RR dalam unit yang sangat terhad, ditujukan kepada para peminatnya sahaja. 

Pun begitu, berita ini sudah cukup untuk membuatkan kami berasa gembira oleh kerana penantian yang begitu lama semenjak tahun 2016 lagi.

Honda CBR250RR didatangkan dengan nadi parallel twin bersesaran 249.7 cc menghasilkan 39 hp (41 hp untuk kemaskini 2020) dan daya kilas 22.5 Nm pada putaran enjin 10,500 rpm. 

Untuk pasaran Malaysia, ia bakal bersaing secara terus dengan Yamaha YZF-R25 (36 hp/22.6 Nm) berharga RM19,998 dan Kawasaki Ninja 250 (39 PS/23.5 Nm) yang berharga RM23,071. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Model 2022 menerima reraut (fairing) dan ekor baharu yang menyerlahkan lagi karakter ala…
Berita Global
Versi facelift yang dilancarkan ini membawakan beberapa perubahan, seperti contoh reka bentuk yang…
Pelancaran Motosikal
Penawaran warna baharu ini dilihat menguatkan lagi karakter Honda CBR250RR yang membawakan DNA…