"Untuk ketiga-tiga pilihan, varian V paling laris dengan sumbangan sebanyak 54 peratus daripada jumlah tempahan yang didahului dari wilayah tengah sebanyak 44 peratus, utara (22 peratus) dan selatan (19 peratus)," katanya dalam kenyataan media.
Menurutya, model Honda City Serba Baharu ini turut diterima baik terutama dari golongan pekerja, eksekutif muda dan yang baru bekeluarga di mana mereka mengambil peluang tawaran harga terbaik menerusi insentif pengecualian cukai jualan sehingga akhir tahun.
Empat varian ditawarkan terdiri daripada City RS e:HEV, V, E dan S untuk enjin petrol dengan 1.5L DOHC i-VTEC baharu dengan kuasa kuda 121PS dan tork maksimum 145Nm.
Untuk pasaran Malaysia Honda City terbaharu ini dijual pada harga RM74,191 (S), RM81,664 (E) dan RM86,561 (V) di mana semua harga atas jalan dengan pengecualian cukai jualan sehingga Disember 2020.