Honda City Hatchback e:HEV RS kini di Thailand - bermula dari RM110 ribu

oleh Mohamad Hanif|
Setelah pelancaran rasmi model segmen B Honda City Hatchback, Honda Thailand kini menambah satu lagi varian bagi melengkapkan penawaran model hibrid di sana, iaitu City Hatchback e:HEV RS.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Tidak seperti City Hatchback standard yang didatangkan dengan enjin 1.0 liter turbo (inline-3) berkuasa 122 PS/173 Nm, City Hatchback e:HEV pula didatangkan dengan trenkuasa yang sama seperti model sedan e:HEV.

 


Trenkuasa i-MMD (intelligent Multi-Mode Drive) itu terdiri daripada motor elektrik yang menghasilkan 109 PS dan 253 Nm, serta enjin 1.5 liter (98 PS/127 Nm) yang bertindak sebagai sumber kuasa.

Beberapa ciri eksklusif dimuatkan pada City Hatchback e:HEV termasuklah logo Honda khas, brek cakera belakang, lampu utama automatik, kit tampal tayar, serta ciri keselamatan Honda Sensing dan LaneWatch.

 


Selain daripada itu, model e:HEV RS ini juga turut mendapat brek parkir elektronik, bantuan menghidup enjin jarak jauh, sistem kunci automatik, corong pendingin hawa belakang serta ciri suluhan tinggi automatik.

Harga jualan untuk City Hatchback e:HEV RS di Thailand bermula dari THB 849,000 (RM110,911), atau THB 100,000 lebih mahal berbanding model Turbo RS, serta lengkap dengan jaminan tambahan lima tahun untuk sistem HEV dan 10 tahun untuk perlindungan bateri.

 

Berita Berkenaan

Pelancaran
Sejak diperkenalkan pada 2021, e:HEV RS untuk City Hatchback menyumbang 16 peratus kepada jumlah…
Model Terbaharu
City Hatchback kini kekal sebagai salah satu model hatchback terlaris dalam segmen Bukan Nasional…
Model Terbaharu
Sama seperti keluaran sebelum ini, ia masih mengekalkan enjin 1.0 liter turbo dan juga versi hibrid…