Sejak diperkenalkan pada 2021, e:HEV RS untuk City Hatchback menyumbang 16 peratus kepada jumlah jualan hibrid Honda Malaysia setakat ini.
Model ini menandakan sumbangan penting untuk perkembangan model e:HEV Honda dalam pasaran.
Pada 2023, Honda Malaysia menjual sejumlah 10,300 unit City Hatchback dan ia mencapai kehadiran kukuh dalam segmen hatchback Bukan Nasional.
City Hatchback yang dipertingkatkan menerima peningkatan dalam penampilan dan menampilkan reka bentuk yang lebih anggun dan lebih dinamik.
Varian e:HEV RS kini menampilkan bahagian luar yang lebih sporty dan lebih agresif, tambahan dengan pilihan warna seperti Ignite Red Metallic, Platinum White Pearl, Meteroid Gray Metallic dan Lunar Silver Metallic.
Varian ini juga turut menampilkan gril depan honeycomb yang direka bentuk baharu, gril depan bawah dan bampar dengan penampilan yang lebih agresif, termasuk front fog garnish.
Daya tarikan sporty varian e:HEV RS diserlahkan lagi dengan reka bentuk biasan bawah bampar Belakang yang anggun, bersama-sama reka bentuk baharu hiasan side sill yang lebih sporty.
Tambahan baharu yang menarik untuk New City Hatchback e:HEV RS ialah Roda Aloi 16-inci Berlina Black yang menawan yang memberikan rupa dan rasa hot hatch lengkap yang mustahil untuk diabaikan.
Varian RS dikuasakan oleh enjin 1.5L e:HEV yang menghasilkan 109PS dan 253Nm tork, mendominasi prestasi tork dalam kelasnya.
Sementara itu, 1.5L DOHC i-VTEC untuk versi petrol menghasilkan 121PS output maksimum dan 145Nm tork.
Enjin cekap ini terus menawarkan keseimbangan ideal prestasi 'seronok untuk dipandu' dan kecekapan bahan api yang luar biasa untuk jenis badan hatchback.
Untuk bahagian dalaman, untuk varian Petrol RS dan e:HEV RS, akan menerima paparan infotainmen lapan inci yan disokong dengan sambungan Apple Carplay dan Android Auto secara wayarles.
Manakala untuk bahagian kokpit pemandu, City Hatchback terbaharu menampilkan TFT Kluster meter bersaiz tujuh inci.
Honda SENSING disediakan dalam semua varian New City Hatchback dengan ciri tambahan Pemberitahuan Berlepas Kereta Utama (LCDN). sebagai ciri keselamatan yang lebih maju dari Teknologi Honda.
Sementara itu, varian e:HEV RS menerima ciri tambahan iaitu Low Speed Follow (LSF) untuk fungsi pemanduan yang lebih mudah.
Selain itu, ciri-ciri Honda SENSING yang terdapat pada City Hatchback adalah seperti berikut;
- Adaptive Cruise Control (ACC)
- Forward Collision Warning (FCW)
- Collision Mitigation Braking System (CMBS)
- Lane Keep Assist System (LKAS)
- Road Departure Mitigation (RDM)
- Lane Departure Warning (LDW)
- Auto High Beam (AHB)
City Hatchback baharu dijangka menarik minat golongan dewasa muda dan profesional yang menghargai keseimbangan teknologi canggih, gaya dan praktikal dalam perjalanan harian mereka.
Tanda harga yang ditawarkan untuk setiap varian adalah bermula dari seperti berikut;
- 1.5L e:HEV RS - RM112,900
- 1.5L DOHC i-VTEC RS - RM100,900
- 1.5L V - RM95,900
- 1.5L E - RM90,900
- 1.5L S - RM85,900