Honda City rempuh premis kopi selepas dirempuh Perodua Kancil

oleh Penyumbang Rencana|
Sebuah kereta Perodua Kancil dipandu seorang lelaki melanggar belakang sebuah Honda City yang kemudiannya merempuh dinding kaca sebuah premis jenama kopi antarabangsa terkenal di Sekinchan pada Selasa.

Kejadian kira-kira jam 11 pagi itu berlaku selepas lelaki dipercayai berusia lingkungan 60-an itu selesai mengisi minyak bersama isterinya.

Seorang saksi enggan dikenali berkata, kejadian itu disedari apabila ternampak kereta dipandu lelaki itu meluru ke hadapan dan melanggar Honda City yang sedang parkir di hadapan premis terbabit.

"Akibat rempuhan itu, kereta Honda City bergerak ke depan dan ketika itu saya dengar bunyi dentuman kuat sebelum cermin kaca premis pecah dan bertaburan atas lantai," katanya ketika ditemui pada Selasa.

Menurut saksi itu, selepas kejadian itu, pemandu Perodua Kancil itu hanya tergamam, bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Ketika kejadian, tiada pelanggan di dalam premis terbabit dan tidak melibatkan sebarang kecederaan.

"Saya difahamkan, pasangan suami isteri itu telah dibawa pulang oleh ahli keluarga mereka dan kereta Perodua Kancil masih berada di tempat kejadian," ujarnya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Deputi Superintenden, Mohd Ambia Nordin mengesahkan kejadian terbabit.

"Mangsa telah membuat laporan di Balai Polis Sekinchan dan kes disiasat oleh Bahagian Trafik IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Kuala Selangor," tambah beliau.

 

Astro Awani

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Mangsa memaklumkan kereta Honda City dipandunya dilanggar sebuah Toyota Yaris berwarna merah di…
Berita Domestik
Terdapat dua jenis isu berasingan melibatkan komponen pam bahan api yang dikesan: Pertama, pam…
Berita Domestik
"Tindakan saman POL 257 telah dikeluarkan ke atas ke atasnya. "Kejadian ini jelas merupakan satu…