Honda Civic 2022 mendarat di Thailand - bermula dari RM122,140

oleh Mohamad Hanif|
Honda Thailand secara rasmi melancarkan sedan segmen C generasi ke-11 Honda Civic (kod nama FE), sekaligus menjadi negara pertama yang melancarkan Civic generasi baharu di Asia Tenggara.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Tiga varian ditawarkan, namun kesemuanya dilengkapi dengan enjin L15BG 1.5 liter turbo (empat silinder sebaris) yang menghasilkan 178 kuasa kuda @ 6,000 rpm, dan daya kilas 240 Nm @ 1,700-4,500 rpm.

Hanya transmisi CVT sahaja yang dibekalkan untuk ketiga-tiga varian Civic tersebut, di mana kadar penggunaan bahan api adalah serendah 5.8 liter untuk setiap 100 km.

 


Dari segi dimensi, Civic FE 2022 ini membawakan ukuran panjang 4,678 mm, lebar 1,802 mm, tinggi 1,415 mm dengan jarak antara roda sepanjang 2,733 mm, menjadikannya lebih panjang 48 mm, lebih lebar 3 mm, lebih rendah 1 mm dan jarak antara roda yang lebih panjang 35 mm, menyumbang kepada ruang penumpang yang lebih luas.

Sistem suspensi pula terdiri daripada strut McPherson dengan bar pengimbang di depan, diikuti dengan suspensi multi-link, juga didatangkan dengan bar pengimbang.

Membawakan rekaan yang lebih elegan, Civic generasi kesebelas ini masih lagi tampil sebagai sebuah sedan yang sporti, dimulakan dengan rekaan baharu pada gril dan bampar depan, unit lampu projektor LED, lampu nyalaan siang LED, lampu belakang dengan grafik unik juga daripada LED, roda aloi serba baharu serta sistem ekzos dengan tip berkembar.

 


Untuk varian RS pula, Honda Thailand melengkapkannya dengan logo RS, perumah cermin sisi berwarna hitam, spoiler belakang hitam, antena sirip jerung, serta rekaan rim aloi 17 inci yang sporti.

Sementara ruang kabin dikemaskan dengan upholsteri suede serta jahitan kontras merah, roda stereng balutan kulit, serta pedal pendikit dan brek yang sporti selain daripada kelengkapan moden seperti sistem kemasukan tanpa kunci, Honda Smart Key Card, sistem pencahayaan ambien merah, slot pengecasan peranti pintar nirwayar.

 


Sistem infotainmen bersaiz sembilan inci Advanced Touch Interface turut menyokong sambungan kepada Apple CarPlay secara nirwayar, Bluetooth, sistem navigasi serta Honda CONNECT Connectivity System, sementara untuk pemandu disediakan skrin TFT digital penuh bersaiz 10.2 inci.

Dari segi keselamatan, antara ciri yang dimuatkan secara standard adalah enam beg udara, ABS, BED, VSA, Bantuan Mula Mendaki, lampu kecemasan automatik, sistem pemantauan tumpuan pemandu, serta kelengkapan Honda SENSING yang merangkumi suluhan tinggi automatik, amaran keluar laluan, bantuan pengekalan laluan, amaran pelanggaran, kawalan jelajah adaptif serta amaran pergerakan kenderaan di hadapan.

Tidak cukup dengan itu, Honda juga turut menawarkan barisan aksesori Modulo yang terdiri daripada spoiler belakang dengan lampu brek ketiga, pelindung cermin sisi, rim aloi 17 inci, trim pada gril dan bampar belakang, atau pakej aksesori iaitu:

  • Exhaust Pipe Finisher Package (1,950 Baht) - tip ekzos keluli tahan karat
  • Sport Package (8,900 Baht) - trim hiasan yang lebih sporti
  • Exclusive Sport Package (17,200 Baht) - Sport Package yang ditambah dengan spoiler belakang
  • Modulo Aero Package (18,500 Baht) - spoiler bawah depan, spoiler bawah sisi, dan spoiler bawah belakang

 


Harga jualan di Thailand bermula dari THB 964,900 (RM122,140) sementara varian RS pula dijual pada harga bermula dari THB 1,199,900 (RM151,887).

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, video tersebut memaparkan sebuah kereta jenis Honda Civic merempuh sebuah motosikal…
Berita Domestik
Beliau berkata, video itu memaparkan seorang anggota polis trafik cuba memberhentikan kereta jenis…
Berita Domestik
  Kejadian yang berlaku pada hari Ahad (semalam), pada pukul 7.25 pagi turut disahkan oleh Ibu…