Honda Civic 2022 terdedah lebih awal di China, tampil sedikit berbeza berbanding Civic Prototype

oleh Mohamad Hanif|
Kira-kira empat bulan yang lalu, Honda telah memperlihatkan buat kali pertama sedan segmen C generasi kesebelas Honda Civic menerusi model Civic Prototype 2022 yang membawakan penampilan seakan sebuah Honda Accord mini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kini, beberapa keping imej gambar sebenar versi produksi Honda Civic 2022 telah pun didedahkan menerusi laman web automotif China, dan ia dilihat menampilkan sedikit perbezaan rekaan jika dibandingkan dengan Civic Prototype.

 


Perbezaan yang ketara boleh dilihat menerusi penampilan muncung atas gril hadapan yang dilihat lebih tinggi berbanding muncung pada Civic Prototype yang lebih menirus ke bawah.

Tatkala Honda Civic Prototype 2022 tidak menampilkan sebarang kehadiran lampu kabus, versi produksi Honda Civic 2022 pula menunjukkan kehadiran unit lampu kabus, dengan rekaan perumah yang sedikit berbeza.

 

 


Rekaan jeriji mesh pada bahagian bampar juga nyata lebih minimalis berbanding penampilan yang lebih sporti pada Civic Prototype.

Selain daripada itu, kedudukan cermin sisi juga dilihat beralih daripada hujung tiang A kepada panel pintu, sementara lampu belakang mengekalkan unit yang sama seperti yang terdapat pada Civic Prototype.

 


Berdasarkan penawaran aksesori yang disenaraikan, berkemungkinan besar Civic 2022 ini merupakan model khas yang didatangkan dengan kemasan hitam berkilat pada rim aloi, pemegang pintu, antena sirip jerung, kemasan pada tiang A, B, dan C, serta spoiler trunk belakang.

Setakat ini, Honda tidak mendedahkan secara rasmi tarikh sebenar pelancaran sedan generasi ke-11 Honda Civic 2022.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Tujuan panggil semula dijalankan adalah untuk situasi berikut: 1. Kamera sistem bantuan pemandu…
Model Terbaharu
Dari segi dimensi, Honda Civic 2022 jauh lebih besar dan lebih lebar, dengan ukuran 4,678 mm, lebar…
Berita Domestik
Ini adalah berdasarkan penemuan slaid pembentangan produk yang tertiris ke dalam talian yang…