Honda Civic dipandu lawan arus, hampir bertembung lori

oleh Penyumbang Rencana|
foto Sinar Harian
Tindakan seorang pemandu kereta melawan arus di Jalan Taman Industri Integrasi Rawang 2 hampir menyebabkan kemalangan bertembung dengan sebuah lori.

Video kejadian berdurasi satu minit 33 saat tular di media sosial.
Jaecoo J7 MREC Banner Campaign March 2025

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku pada Isnin jam 7.50 pagi.

Menurutnya, Honda Civic berkenaan dipandu lelaki tempatan berusia 41 tahun itu dipercayai dalam perjalanan dari Ijok ke Taman Industri Integrasi Rawang 2.

"Lelaki tersebut telah memandu secara melawan arus sebelum sebuah lori datang dari arah bertentangan.

"Pemandu lori sempat memberhentikan kenderaan di depan kereta tersebut menyebabkan tiada kemalangan berlaku," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Katanya, pemandu Honda Civic tersebut telah hadir ke bahagian trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak untuk memberikan keterangan.

"Sementara pemandu lori masih belum hadir memberi keterangan.

"Kes di siasat di bawah Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Katanya, orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil membantu siasatan.

 

Astro Awani

Berita Berkenaan

Berita Global
  Barangan lain turut ditawarkan seperti tombol gear aluminium warna hitam dengan balutan kulit…
Berita Global
  Menambah gelojak jiwa adalah spesis terbaru untuk pelanggan Jepun iaitu Civic Type R Racing…
Berita Domestik
"Ekoran kejadian itu, pihak polis berjaya menahan seorang lelaki berusia 28 tahun disyaki pemandu…