Honda Civic e:HEV raih 5 bintang Euro NCAP, 11 beg udara, pelbagai pengukuhan badan

oleh Muhammad Md Tajudin|
Honda Civic eHEV Euro NCAP 2022
Honda Civic eHEV Euro NCAP 2022
Honda Civic e:HEV (hibrid) dianugerahkan skor maksimum lima bintang di dalam ujian keselamatan terbaru Euro NCAP seperti yang diumumkan pada 16 November.

Bagi memenuhi piawaian ketat impak pelanggaran Euro NCAP pada bahagian Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP), badan Civic dipasangkan pelbagai pendakap struktur.

Di antaranya penambahan peneguh (stiffeners) pintu depan dan bingkai lingkungan roda (wheel arch) untuk meningkatkan perlindungan semasa berlaku impak dari tepi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Honda Civic e:HEV Euro NCAP 2022

 

Turut dipasang, pendakap lebar penuh yang menyokong bahagian sambungan di antara lantai dan kerangka depan (bulkhead) yang diperbuat daripada resin komposit.

Pemasangan itu dapat membantu dalam mengawal dan menghadkan canggaan (deformation) apabila berlakunya pelanggaran berdepan atau sisi depan (offset).

Selain perlindungan pasif, kesemua varian Civic dilengkapi 11 beg udara sebagai ciri standard. 

Beg udara tersebut termasuk bahagian tengah yang dapat melindungi hantukan di antara pemandu dan penumpang di sebelah.

 

Honda Civic e:HEV Euro NCAP 2022

 

Selain AOP, Civic e:HEV turut mencatat markah yang baik pada bahagian Perlindungan Penumpang Kanak-Kanak (COP).

Prestasi itu disumbang oleh sudut cagak ISOFIX mengikut standard i-Size Eropah terbaru.

Satu lagi aspek penting di dalam ujian Euro NCAP ialah perlindungan terhadap pengguna jalan raya berisiko seperti pejalan kaki.

Civic e:HEV dipasang plat rasuk keselamatan bampar depan yang direka baharu.

 

Honda Civic e:HEV Euro NCAP 2022

 

Plat itu direka bagi menyerap tenaga hentakan dan mengurangkan risiko keretakan kaki atau kerosakan ligamen lutut manusia sekiranya berlaku pelanggaran.

Satu lagi ciri menarik ialah tukup enjin terangkat (pop-up hood) dan struktur membran yang mempunyai penyerapan tenaga yang baik.

Tukup terangkat secara automatik dan bersama struktur membran berupaya mengurangkan risiko kecederaan parah terhadap kepala manusia.

Kereta Honda sekarang ini terasa janggal jika tidak dilengkapi teknologi bantuan pemanduan Honda SENSING dan kesemua varian Civic dilengkapi versi yang dipertingkatkan.

 

Honda Civic e:HEV Euro NCAP 2022

 

Di antaranya sensor sonar baharu yang menggunakan gelombang bunyi bagi mengesan objek bukan logam seperti kaca atau dinding.

Kaedah itu lebih reliable dan tepat berbanding radar gelombang milimeter sebelum ini.

Lagi kelengkapan Honda SENSING ialah kamera dengan sudut 100 darjah yang meningkatkan keupayaan dalam mengesan garisan dan bahu jalan, motosikal dan penunggang basikal.

Sebagai tambahan, cip pemprosesan berkelajuan tinggi mempertingkatkan lagi pengesanan, prestasi dan kawalan sistem tersebut.

 

Honda Civic e:HEV Euro NCAP 2022

 

Maknanya, sistem mampu mengesan objek dengan lebih awal dan tepat berbanding sebelum ini termasuk pejalan kaki di dalam keadaan terang dan gelap.

Ciri lain pada Honda SENSING ialah Sistem Amaran Pelanggaran Berdepan dan Sistem Pembrekan Mitigasi Pelanggaran.

Skor Euro NCAP yang diperolehi Honda Civic e:HEV:

  • Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP) - 89%
  • Perlindungan Penumpang Kanak-Kanak (COP) - 87%
  • Pengguna Jalan Raya Berisiko - 82%
  • Bantuan Keselamatan - 83%
Honda Civic e:HEV Euro NCAP 2022

 

Bagaimana pula dengan Honda Civic pasaran tempatan? ASEAN NCAP menganugerahkan lima bintang untuk ujian yang dilakukan pada 2021.

Bagaimanapun, spesifikasi sesebuah kereta tidak semestinya sama di antara satu pasaran ke satu pasaran dan begitu juga protokol ujian pelanggaran.

Penulis: Muhammad Md Tajudin / Kredit foto: Euro NCAP

Berita Berkenaan

Berita Global
Kemenangan pada tahun ini merupakan tahun kelima berturut-turut produk Honda memenangi anugerah Red…
Berita Global
  Ye Series juga menjadi jawapan kepada yang bertanya di mana EV Honda. Masih awal, belum…
Berita Global
  Nampaknya trend penurunan harga kenderaan elektrik (EV) bukan lagi terpencil. Semasa…