Honda Civic generasi ke-11, tempahan kini dibuka

oleh Mohamad Hanif|
Honda Malaysia hari ini secara rasmi membuka tempahan bagi sedan segmen C Honda Civic generasi kesebelas mendahului pelancaran yang dijadualkan berlangsung pada suku pertama tahun 2022.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dari segi dimensi, Honda Civic 2022 jauh lebih besar dan lebih lebar, dengan ukuran 4,678 mm, lebar 1,802 mm, tinggi 1,415 mm dengan jarak antara roda sepanjang 2,735 mm.

Hilang sudah identiti 'ketam', Honda Civic baharu ini membawakan penampilan yang lebih elegan, dengan garis badan yang lebih sporti dan premium pada masa yang sama.
 

Civic


Varian tertinggi, RS turut diperkenalkan buat pertama kali dengan membawakan ciri-ciri seperti:

  • perumah cermin sisi hitam
  • antena sirip jerung hitam
  • pemegang pintu hitam
  • spoiler trunk hitam
  • rim aloi black matte bersaiz 18 inci

Honda Civic 2022 mengekalkan enjin 1.5 liter VTEC turbo yang berupaya menjana 182 PS dan 240 Nm, dibantu dengan beberapa mod pemanduan seperti ECON, Normal dan Sport.
 

Civic


Varian tertinggi RS juga turut dilengkapi dengan ciri keselamatan Honda SENSING yang menampilkan ciri baharu Sistem Notifikasi Pergerakan Kenderaan Hadapan yang melengkapi ciri sedia ada seperti:

  • Kawalan Jelajah Adaptif
  • Bantuan Mengikut Kelajuan Rendah (LSF)
  • Sistem Brek Mitigasi Pelanggaran (CMBS)
  • Amaran Pelanggaran Hadapan (FCW)
  • Sistem Bantuan Pengekalan Laluan (LKAS)
  • Mitigasi Keluar Jalan (RDM)
  • Amaran Keluar Lorong (LDW)
  • Bantuan Suluhan Tinggi Automatik (AHB)

Selain itu, ciri keselamatan lain merangkumi Honda LaneWatch, enam beg udara, Bantuan Kestabilan Kenderaan (VSA), Bantuan Pengendalian Lincah (AHA), ABS, EBD, Auto Brake Hold (ABH), Bantuan Mula Mendaki (HSA), sistem kekunci automatik, bantuan menghidupkan enjin jarak jauh, serta sistem Pemantauan Tumpuan Pemandu.
 

Civic


Menurut Pengarah Urusan dan CEO Honda Malaysia, Madoka Chujo menjelaskan, "Honda Civic mempunyai identiti yang kuat, dan menjadi salah satu model kegemaran rakyat Malaysia yang mahukan sebuah kereta dengan penggayaan yang tersendiri dan prestasi yang berkuasa.

Sejak diperkenalkan pada tahun 2001, sebanyak hampir 148,000 unit Honda Civic telah berjaya dijual, malah generasi ke-10 menyumbang kepada lebih daripada 66,600 unit secara keseluruhan, dan menguasai 71 peratus pasaran sedan segmen C (sehingga Oktober 2021).

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Menyusahkan oranglah engkau ni. Sebab kau bodoh la kau kerja tol. Buka! Buka! Kalau pandai kau tak…
Berita Domestik
Beliau berkata, video tersebut memaparkan sebuah kereta jenis Honda Civic merempuh sebuah motosikal…
Berita Domestik
Beliau berkata, video itu memaparkan seorang anggota polis trafik cuba memberhentikan kereta jenis…