Honda Civic hilang kawalan, terputus dua selepas potong Myvi, pemandu maut

oleh SALINA JALIL|
Seorang lelaki maut selepas kereta Honda Civic dipandunya terputus dua dalam kemalangan di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) Pandan Perdana menghala Cheras, semalam.


Dalam kejadian kira-kira pukul 10.40 pagi itu, kemalangan turut membabitkan sebuah lagi kenderaan iaitu Perodua Myvi.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner, Mohamad Farouk Eshak berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila pemandu Honda Civic yang dalam perjalanan dari Pandan Indah ke Pandan Perdana tidak dapat mengawal kenderaannya selepas memotong sebuah Perodua Myvi.

 

“Ia menyebabkan pemandu Honda Civic hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan di lorong paling kanan.

 

“Akibat kemalangan, Honda Civic itu terputus dua dan pemandunya tercampak keluar dari kenderaannya. Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyatan.

 

Tambah Mohamad Farouk, pemandu Honda Civic berusia 33 tahun meninggal dunia disebabkan kecederaan teruk di kepala, manakala penumpangnya iaitu lelaki berusia 39 tahun cedera parah dan sedang menerima rawatan di Hospital Ampang.

 

“Pemandu Perodua Myvi iaitu lelaki berusia 36 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

 

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) APJ 1987 (Pindaan) 2020,” jelasnya.

 

 

Utusan Malaysia

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Mangsa berusia 24 tahun memandu kereta jenis Nissan Almera dikatakan dari arah Johor Bharu…
Berita Domestik
Mengikut pertuduhan, dia didakwa memandu kurang cermat hingga menyebabkan kemalangan terhadap…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, siasatan awal…