Honda Civic RS e:HEV 2023 – nadi hibrid 2.0 liter, 184 PS, 315 Nm, RM166,500

oleh Mohamad Hanif|
Honda Malaysia melengkapkan lagi penawaran sedan segmen C Honda Civic dengan melancarkan varian baharu yang didatangkan dengan trenkuasa hibrid, iaitu Honda Civic RS e:HEV 2023.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tidak seperti model e:HEV yang lain (City, City Hatchback, HR-V), Civic e:HEV ini didatangkan penawaran trenkuasa serba baharu yang terdiri daripada enjin 2.0 liter kitaran Atkinson dan dua motor elektrik.

RS



Secara keseluruhan, Civic e:HEV ini mampu menjana kuasa setinggi 184 PS dan daya kilas 315 Nm.

Membezakan penampilan Civic RS e:HEV dan Civic RS yang telah dilancarkan sebelum ini ialah kehadiran logo H dengan elemen warna biru, lencana e:HEV, rim dwi-tona bersaiz 18 inci, serta kemasan krom pada sesetengah tempat.


 

RS


Untuk ruang kabin, Civic e:HEV mendapat kelengkapan seperti skrin kluster digital 10.25 inci, skrin infotainment bersaiz Sembilan inci, sokongan Apple CarPlay tanpa wayar, slot pengecasan nirwayar Qi,  serta bantuan menghidup enjin jarak jauh.

Buat kali pertama, Honda Malaysia menawarkan fungsi kunci pintar Smart Key Card untuk Honda Civic RS e:HEV.
 

RS

 


Tidak ketinggalan, ciri keselamatan Honda SENSING termasuklah brek kecemasan autonomi, kawalan jelajah adaptif, bantuan pengekalan Lorong, bantuan suluhan tinggi automatic dan amaran pergerakan hadapan.

Harga jualan Civic RS e:HEV di pasaran Malaysia bermula dari RM166,500.