Honda Civic Si 2022 - 200 hp/260 Nm, transmisi manual, ciri rev-match dari Type R!

oleh Mohamad Hanif|
Seperti yang telah dilakukan pada model generasi terdahulu, Honda akhirnya melancarkan secara rasmi Civic Si yang mampu mengisi kekosongan antara Civic standard dan Civic Type R yang bakal tiba tahun hadapan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Civic Si masih lagi mengekalkan enjin 1.5 liter turbo, namun kuasa kuda tersebut dikurangkan kepada 200 hp dan daya kilas 260 Nm yang masuk penuh pada putaran enjin seawal 1,800 rpm.

Menjadikan pecutan dari pegun jauh lebih menyeronokkan.
 

Civic Si


Honda Civic Si 2022 juga hanya ditawarkan dalam versi manual enam nisbah kelajuan sahaja, dengan teknologi rev-match yang dipinjamkan daripada model Civic Type R.

Namun, para jurutera telah menambahbaik transmisi tersebut bagi menawarkan perasaan penukaran gear dengan lebih meyakinkan, dan diakhiri dengan penggunaan tombol gear aluminium seperti yang terdapat pada Civic Type R.

Sisa pembakaran disalurkan ke atmosfera menerusi sistem perpaipan ekzos berkembar yang mampu menawarkan aliran gas 27 peratus lebih baik berbanding model Civic Touring.

Tidak cukup dengan itu, unit flywheel kini 26 peratus lebih ringan menjadikan respons enjin yang jauh lebih bertenaga.
 

Civic


Aspek pemanduan ditambahbaik dengan komponen LSD, suspensi multi-link belakang, dan sistem brek yang jauh lebih besar berbanding model Civic standard, terdiri daripada rotor bersaiz 12.3 inci di depan dan 11.1 inci di belakang.

Rim aloi bersaiz 18 inci itu didatangkan dengan kemasan matte black dan dibaluti tayar berprestasi tinggi all-season bersaiz 235/40 R18.

Jika dibandingkan dengan model standard, Civic Si membawakan beberapa perubahan seperti pemasangan spoiler trunk lid warna hitam berkilat, kemasan hitam pada pelindung cermin sisi dan tingkap, spoiler bawah badan, dan gril berjeriji sarang lebah.
 

Cicvic Si


Kemasan ruang kabin tidak banyak membawakan perbezaan ketara berbanding Civic standard, melainkan tempat duduk sporti, kemasan warna merah, serta pedal aluminium.

Civic Si masih lagi didatangkan dengan skrin infotainmen sembilan inci lengkap dengan sokongan Android Auto dan Apple CarPlay nirwayar, skrin paparan digital tujuh inci depan pemandu, dan sistem bunyi Bose lengkap dengan unit subwoofer.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun, tidak seperti penawaran transmisi manual yang biasanya dikhususkan untuk varian aras mula,…
Berita Global
Untuk acara SEMA 2021 yang bakal berlangsung, Honda akan membawakan sehingga tujuh unit kenderaan…
Berita Global
Namun, bagi mereka yang mahukan sebuah Civic yang masih lagi praktikal namun dengan penawaran yang…