Honda Civic Si FE1 - kereta lumba yang boleh dibeli pada harga RM242k

oleh Mohamad Hanif|
Penampilan 'matang' Honda Civic FE sebenarnya tidak pernah menghalang Honda Performance Development (HPD) daripada terus membangunkan versi jentera lumba kepada sedan segmen C itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Di Amerika Syarikat, para pelumba kini dibenarkan untuk membeli jentera lumba Civic Si FE1 yang dihasilkan sendiri oleh HPD.

Berbanding model jalanan, Civic Si FE1 ini merupakan jentera binaan khas tanpa kehadiran ciri seperti bumbung suria, sistem penebat bunyi, insulasi, perlindungan lapisan bawah badan.
 

Civic Si FE1


Ia masih lagi menggunakan nadi 1.5 liter turbo spesifikasi produksi, namun dengan penggunaan cagak enjin Hasport, sistem ekzos Borla, serta transmisi manual enam nisbah kelajuan nisbah rapat dengan gear empat yang ditala khusus.

Sistem suspensi telah menerima beberapa komponen baharu seperti peredam Bilstein boleh laras berkembar, camber depan dan caster plate yang boleh dilaras, sementara sistem suspensi belakang pula mempunyai komponen yang boleh dilaras untuk camber, spring dan toe arm.

Sistem brek pula menampilkan angkup Wilwood enam omboh dengan pad brek Pagid RST3 dengan rotor berliang, sementara brek belakang pula mengekalkan tetapan produksi yang asal, namun dengan pad brek Pagid RST4 dengan hos berjalin.
 

Civic Fi SE1


Ruang kabin tidak lagi menampilkan ciri kemewahan, sebaliknya ia telah digantikan dengan sangkar keselamatan spesifikasi FIA, tempat duduk OMP dengan sistem abah-abah enam poin, stereng quick release, skrin paparan pelbagai info Motec C127, data logger dan lampu LED petunjuk penukaran gear.

Civic Si FE1 dibina di Performance Manufacturing Center di Marysville, Ohio, lokasi yang sama digunakan untuk memasang Acura NSX.

Harga jualan untuk sebuah jentera lumba Civic Si FE1 bermula dari $55,000 (RM241,978).