Honda Civic terbabas di Genting Highlands: Polis sahkan pemandu ada 11 rekod saman

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari rakaman video Joekim Mako
Pemandu kereta yang memandu Honda Civic yang terlibat dalam nahas di Kilometer 14.6, Jalan Genting Highlands di Bentong pada Ahad disahkan mempunyai 11 rekod saman.


Video yang tular di media sosial Facebook milik 'Joekim Mako' itu memaparkan rakaman papan pemuka (dashcam) sebuah kereta yang dipandu secara melulu sebelum terbabas.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Kejadian yang berlaku pada hari Ahad (semalam), pada pukul 7.25 pagi turut disahkan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong serta turut dimuat naik di media sosial "JB Tracer: Johor Bahru Traffic, Crime & Community".

Ketua Polis Daerah, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, hasil siasatan polis berdasarkan rakaman papan pemuka yang ditularkan mendapati pemandu kereta berkenaan dalam perjalanan menuju ke Genting Highlands dekat Bentong.

"Setiba di sebuah selekoh, pemandu tersebut telah memotong sebuah kenderaan lain lalu hilang kawalan dan terbabas sendiri di sebelah kiri jalan," katanya dalam kenyataan, pada Isnin.

Beliau berkata, bagaimanapun pemandu, lelaki warga tempatan berusia 27 tahun, itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 42, Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayakan.

"Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan, IPD Bentong telah mengesan dan memanggil pemandu berkenaan untuk tindakan selanjutnya.

"Semakan ke atas kenderaan tersebut juga mempunyai 11 rekod saman undang-undang jalan raya.

"Kita juga akan membuat siasatan terlebih dahulu apabila pengadu hadir ke IPD Bentong.

"Pemilik papan pemuka sebuah kenderaan juga kita akan panggil serta dapat butiran untuk siasatan kes ini," katanya.

 

 

Astro Awani

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Menyusahkan oranglah engkau ni. Sebab kau bodoh la kau kerja tol. Buka! Buka! Kalau pandai kau tak…
Berita Domestik
Beliau berkata, video tersebut memaparkan sebuah kereta jenis Honda Civic merempuh sebuah motosikal…
Berita Domestik
Beliau berkata, video itu memaparkan seorang anggota polis trafik cuba memberhentikan kereta jenis…