Honda Civic Type R 2022: 6 Perkara Anda Perlu Tahu

oleh Mohamad Hanif|
Kesan yang ditimbulkan oleh COVID-19 di seluruh dunia tidak menghalang Honda daripada terus menguji prestasi dan pemanduan Honda Civic Type R generasi baharu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Kelibat model hot hatch generasi baharu itu dikesan di sebatang jalan berdekatan dengan Litar Nurburgring pada bulan lalu.

Berikut merupakan beberapa fakta yang perlu anda tahu berkenaan Honda Civic Type R 2022.

 

1. Civic Type R bakal hadir dengan trenkuasa hibrid? Mungkin tidak


Walaupun Eropah kini melaksanakan peraturan emisi yang lebih ketat, dan kebanyakan pengeluar mula beralih kepada penggunaan trenkuasa hibrid, Honda tidak akan melaksanakan strategi tersebut pada generasi baharu Type R.

Ini kerana strategi elektrifikasi tersebut hanya tertakluk kepada model-model arus perdana di Eropah menjelang 2022, seperti yang diperlihatkan oleh model generasi baharu Jazz.

Ini turut disahkan sendiri oleh naib presiden kanan Honda Eropah, Tom Gardener di mana tiada sebarang perancangan untuk menawarkan trenkuasa hibrid untuk Honda Civic Type R.

 

2. Enjin K20C, dengan peningkatan kuasa


Berkemungkinan besar Civic Type R akan mengekalkan nadi K20C 2.0 liter turbo, namun dengan peningkatan kuasa melangkau 316 kuasa kuda, gandingan transmisi manual dan sistem pacuan roda hadapan.

 

3. Saiz dimensi bertambah besar


Berdasarkan gambar intipan yang diperoleh, beberapa media permotoran membuat spekulasi bahawa generasi baharu Type R bakal membesar dari segi dimensi, terutama jika diperhatikan daripada jarak antara roda (wheelbase) yang dilihat lebih panjang berbanding generasi FK8 terkini.

Kesan daripada pertambahan dimensi, rekaan bumbung juga dilihat landai ke belakang dan lebih menyerupai model fastback berbanding model hatchback.

 

4. Rekaan luaran yang berevolusi


Sebagai sebuah model generasi baharu, sudah tentu Honda akan membawakan perubahan terhadap rekaan terutama di bahagian luaran.

Ini boleh dilihat berdasarkan kelibat rekaan lampu utama yang lebih menipis serta rekaan lampu belakang yang diposisikan secara melintang, tidak seperti bentuk C pada model terdahulu.

 

5. Ruang kabin juga serba baharu


Honda Civic Type R juga dijangka bakal membawakan perubahan besar di mana  Honda menerapkan penggunaan rekaan roda stereng yang berbeza serta sistem infotainmen menegak yang bertenggek di atas papan pemuka.

 

6. Honda Civic Type R bukan lagi 'Made in UK'


Melihatkan kepada penutupan kilang Swindon di UK pada tahun 2021 yang sebelum ini menjadi hab pengeluaran utama Honda Civic Type R, Honda dikhabarkan akan memindahkan produksi Type R generasi baharu ke salah sebuah fasiliti di Jepun.


Sumber gambar utama: AutoExpress UK

Berita Berkenaan

Berita Global
Menariknya, biarpun Honda Civic Type R mempunyai tetapan casis dan suspensi yang lebih sporti…
Berita Global
Ketepikan mitos itu sebab penulis sendiri tidak mempunyai sebuah Honda dan telah pun melangsungkan…
Berita Global
Honda Civic Type R 2023 (FL5) dikatakan berjaya mencatatkan rekod terpantas di Nurburgring…