Honda Civic Type R FL5 pecah rekod terpantas Nurburgring, catatan masa 7:44:881

oleh Mohamad Hanif|
Setelah sekian lama, akhirnya berita berkenaan Civic Type R memecahkan rekod terpantas muncul kembali di persada dunia.

Honda Civic Type R 2023 (FL5) dikatakan berjaya mencatatkan rekod terpantas di Nurburgring Nordschleife dalam masa 7 minit 44.881 saat di bawah undang-undang baharu yang memerlukan kereta ujian mengelilingi litar tersebut sejauh 20.832 km, berbanding 20.600 km pada cubaan terdahulu.

Sebagai perbandingan, Honda Civic Type R FK8 berjaya menghabiskan pusingan di litar yang lebih pendek dalam tempoh masa yang hampir sama (7 minit 44.8 saat).

Unit Civic Type R FL5 yang digunakan itu dilengkapi dengan tayar Michelin Pilot Sport Cup 2 Connect, diikuti enjin K20C1 yang mampu menjana kuasa setinggi 315 hp dan 420 Nm yang memacu roda hadapan.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Kit ini ditawarkan dalam dua konfigurasi utama iaitu versi standard dan juga versi widebody,…
Berita Global
Honda menyatakan keputusan ini berpunca daripada perubahan perundangan industri automotif, yang…
Berita Global
  Barangan lain turut ditawarkan seperti tombol gear aluminium warna hitam dengan balutan kulit…