Honda Civic Type R-GT Concept, kereta lumba untuk Super GT!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Honda Civic Type R-GT Concept
Honda Civic Type R-GT Concept
Tahukah anda? Nissan tidak lagi menggunakan GT-R di dalam kelas GT500 perlumbaan Super GT dan menggantikannya dengan Z (Fairlady Z) pada musim 2022.

Toyota pula bersaing dengan menggunakan GR Supra sejak 2020. Melengkapi tiga trio pengeluar terbesar Jepun itu ialah Honda yang menggunakan NSX.

Di jalanan, NSX sudah pun ditamatkan dengan pengeluaran terakhir pada 2022 dan apakah perancangan Honda seterusnya?

Honda baru sahaja memperkenalkan Civic Type R-GT Concept dan sedang dibangunkan oleh HRC (Honda Racing Co., Ltd.)
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Honda Civic Type R-GT Concept

 

Model ini memberi bayangan kepada model pengganti yang akan bersaing di dalam kelas GT500 musim 2024.

Penggunaan Civic Type R adalah satu yang logikal kerana tiada lagi model sport yang berkuasa di dalam barisan produk Honda selepas NSX.

Walaupun model konsep, Civic Type R-GT sudah membayangkan karakter di litar. Kit badan lebar, rendah dan paip ekzos yang keluar dari tepi.

 

Honda Civic Type R-GT 2023

 

Sebagai pesaing di dalam kelas GT500, Civic Type R perlu mengikuti spesifikasi enjin 2.0 liter dengan turbo tunggal dan transmisi enam kelajuan.

Kuasa enjin pula sekitar 650 kuasa kuda (hp) dengan berat kereta termasuk pemandu dan bahan api perlu melebihi 1,020 kilogram.

Penggunaan Civic Type R sebenarnya lebih dekat kepada pengguna dan boleh melonjakkan lagi prestij model yang sudah sedia popular ini.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Honda Civic Type R-GT Concept 2023