Honda Civic Type R Limited Edition catat rekod kereta FWD terpantas di Suzuka!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Honda Civic Type R Limited Edition
Honda Civic Type R Limited Edition
Edisi Type R paling ekstrem pernah dikeluarkan Honda iaitu Civic Type R Limited Edition berjaya mencatatkan masa 2 minit 23.993 saat seterusnya menjadi kereta pacuan depan (FWD) terpantas* di Litar Suzuka, Jepun**.

Litar Suzuka dengan jarak 5.8 km popular dengan laluan zig-zag (chicanes) dan selekoh mencabar dalam bentangan berbentuk seperti nombor lapan memanjang selain laluan lurus berjarak 1.2 km.

Litar Suzuka juga digunakan sebagai lokasi ujian dalam membangunkan prestasi dan enjin kenderaan Honda sejak tahun 1962. 

Litar itu dibina di bawah arahan pengasas dan presiden Soichiro Honda yang popular dengan kata "Kereta tidak boleh ditambahbaik jika tidak diuji di litar lumba."
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Honda Civic Type R Limited Edition

 

Civic Type R Limited Edition tidak sama dengan Civic Type R GT melalui berat yang dikurangkan, komponen ringan, naik taraf suspensi dan stereng dengan beberapa bahagian dalaman yang ditanggalkan.

Unit Civic Type R Limited Edition yang digunakan adalah versi pembangunan dan rekod terpantas dicapai semasa ujian akhir penilaian prestasi pada Februari 2020.

Meskipun unit pembangunan, kereta itu mempunyai spesifikasi teknikal sama seperti versi pengeluaran tanpa ubahsuai atau penambahan prestasi.

 

Honda Civic Type R Limited Edition

 

Berikut ialah ciri teknikal Honda Civic Type R Limited Edition:

  • Enjin sama, 2.0 liter VTEC Turbo.
  • Kuasa puncak 320PS pada 6,500 rpm dan tork 400 Nm dari 2,500 rpm hingga 4,500 rpm.
  • Pecutan 0 hingga 100 km/j dalam masa 5.7 saat.
  • Roda aloi ringan BBS saiz 20 inci dengan tayar Michelin Pilot Sport Cup2.
  • Kombinasi roda dan tayar direka untuk prestasi di litar dan prestasi cemerlang di jalan raya. 
  • Menyumbang kepada pengurangan berat sebanyak 10 kg.
  • Peredam (dampers) yang diubahsuai mengoptimumkan kombinasi roda dan tayar baru ini.
  • Perisian Sistem Peredam Adaptif (Adaptive Damper System) membuat penilaian keadaan jalan dengan lebih pantas.
  • Menyumbang kepada pembaikan tindak balas peredam untuk respon pengendalian dan kualiti pemanduan lebih baik.
  • Cakera brek jenis two-piece dan terapung serta pad brek baharu (sama seperti Civic Type R GT dan Sport Line).

 

Honda Civic Type R Limited Edition

 

Bahagian dalam Civic Type R Limited Edition dipasangkan kerusi bucket merah dan plak yang menandakan siri nombor kereta. 

Stereng dibalut Alcantara dan tombol gear baharu jenis air mata (tear drop) bagi mewujudkan rasa kesepaduan di antara pemandu dan kereta.

Satu ciri utama pada edisi terhad ini ialah ia dijual tanpa sistem maklumat hibur (infotainment) dan penyaman udara. Kerusi belakang bagaimanapun dikekalkan untuk praktikaliti harian. 

Kombinasi roda, tayar, komponen ringan dan berapa alatan yang ditanggalkan menyumbang kepada penurunan berat sebanyak 47kg berbanding Civic Type R GT.

 

Honda Civic Type R Limited Edition

 

Bahagian luar pula dhiasi warna eksklusif Sunlight Yellow dan logo khas Civic dalam warna hitam gelap dan bumbung warna hitam licau (gloss black).

Kilauan yang sama digunakan pada cermin sisi dan liang udara pada bonet kereta.

Kepada yang berminat, harap maaf kerana Civic Type R Limited Edition untuk pasaran Eropah dan dihadkan kepada 100 unit sahaja.

Turut dijual di Eropah ialah Civic Type R Sport Line menjadikan tiga model berbeza untuk pilihan pengguna di sana.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

*Kiraan oleh Honda **Kajian dalaman Honda (setakat Februari 2020)

 

Honda Civic Type R Limited Edition

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Sebanyak lebih 41,000 penyertaan telah diterima dan lebih daripada $500,000 (RM2,081,250) telah pun…
Informasi
Selain daripada muka baharu, Honda turut menitikberatkan soal diet berat badan, di mana mereka…
Berita Global
Tawaran tersebut dibuat menerusi tempahan dalam talian di mana kesemua pembeli perlu meletakkan…