Honda Civic Type R OveRland - Apabila FK8 memasuki dunia ralli

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tidak dapat dinafikan, Honda Civic Type R FK8 merupakan antara produk pantas Honda yang berjaya menarik perhatian umum sejak pengenalannya. 

Hot hatch dengan kuasa 306 hp dan 400 Nm itu berjaya menakluk beberapa buah litar perlumbaan dunia untuk kategori kereta produksi pacuan roda hadapan, termasuklah di Litar Nurburgring sebelum gelaran terpantas itu dileburkan oleh Renault Megane R.S Trophy-R. 

Namun, itu semua tidak menghalang Honda untuk bereksperimentasi dengan lebih jauh untuk melihat potensi Honda Civic Type R FK8 ini. 

Terbaharu, terdapat dua buah model konsep Civic Type R yang muncul di UK dan antara modifikasi yang jarang didengari untuk kereta yang menguasai lebuhraya ini ialah ralli. 
 


Ya, anda bayangkan Honda Civic dengan jarak kelegaan tanah yang cukup tinggi untuk menguasai perlumbaan ralli. 

Dibina oleh Ralph Hosier Engineering, ia menampilkan kit angkat (lift kit) empat inci dan dibantu dengan pengurusan Dual-Axis strut daripada keluli anti-kilas, cagak trailing arm dan transverse link yang telah dimodifikasi. 

Di keempat-empat sudut, penggunaan tayar 255/55 BF Goodrich membaluti rim bersaiz 18 inci memberitahu dunia bahawa Honda Civic ini bersedia untuk menakluki mana-mana perlumbaan ralli. 

Malangnya, ia tidak menampilkan modifikasi ke atas trenkuasa standard, dan atas beberapa sebab projek OveRland ini masih belum siap sepenuhnya. 
 


Untuk anda yang tamakkan kuasa, usah risau kerana sebuah lagi Honda Civic Type R talaan Team Dynamics Motorsport ini khabarnya menghamburkan kira-kira 400 kuasa kuda dan 677 Nm!

Terima kasih kepada modifikasi ringan seperti penukaran ECU, sistem induksi, intercooler, catalyzer sport dan sistem ekzos, ia berjaya menaikkan hampir 100 kuasa kuda daripada kuasa standard 306 hp itu. 

Bagi mengimbangkan kembali kenaikan kuasa tersebut, penala telah menambah beberapa komponen seperti hos brek prestasi keluli kalis karat Goodridge, bar anti-oleng, tayar Dunlop DZ03G serta rim Pro-Race bersaiz 19 inci. 

Buat masa ini, Honda masih belum memutuskan untuk menghasilkan kedua-dua model konsep Civic Type R.

 


Namun, jika anda inginkan sebuah untuk menghiasi garaj anda (dan menarik perhatian awek), kedua-dua firma penala sudi menyediakannya untuk anda dengan syarat: duit ansuran bulanan mestilah tidak tidak tertunggak melebihi lima bulan sediakan duit secukupnya.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Untuk sebuah kereta di dalam kategori urban, Honda e sudah cukup cantik dengan jarak gerak sejauh…
Berita Global
Keputusan untuk menutup kilang ini telah dibuat pada Februari 2019 sebagai satu respon terhadap…
Berita Global
Hasrat Dyson untuk menggunakan fasiliti produksi Honda di Swindon, UK untuk pemasangan kereta…