Honda Civic Type R Pace Car untuk Indy, sedikit berbeza daripada model standard

oleh Muhammad Md Tajudin|
Honda Civic Type R Pace Car 2023
Honda Civic Type R Pace Car 2023
Meneruskan tradisi sejak 2006, Honda memperkenalkan Civic Type R Pace Car untuk siri Perlumbaan NTT INDYCAR di Amerika Syarikat (AS).

Sebagai sebuah sebuah pace car, adakah spesifikasinya sama seperti model standard?

Sedikit berbeza iaitu pakej brek Honda Performance Development (HPD) seperti cakera, pad perlumbaan, kabel brek keluli tahan karat dan tali pinggang keledar empat sudut.

Bagaimana pula dengan enjin? 2.0 liter turbo K20C1 standard yang menghasilkan 315 kuasa kuda (hp) dan tork 420Nm dari 2,600 hingga 4,000 rpm.
AION MREC Banner Campaign May 2024
Honda Civic Type R Pace Car 2023

 

Angka 315 hp meletakkannya sebagai model produksi Civic Type R paling berkuasa pernah dijual di AS. Untuk rekod, hanya dua Civic Type R dijual secara rasmi di sana.

Walaupun menggunakan enjn K20C seperti sebelum ini, Civic Type R FL5 dilengkapi pengecas turbo baharu dan kadar aliran kemasukan udara yang ditingkatkan.

Sistem ekzos juga berbeza daripada FK8R dan mempunyai injap aktif di dalamnya.

Pakej rombakan semula itu menyaksikan peningkatan 9 hp dan tork 20.3Nm.

 

Honda Civic Type R Pace Car 2023

 

Bukan sahaja enjin, transmisi manual enam kelajuan turut dipertingkat dengan roda tenaga (flywheel) lebih ringan dan tetapan semula sistem padanan rev.

Untuk casis dan pengendalian, jarak roda Civic Type R telah dianjak dan trek roda depan dan belakang pula lebih lebar.

Sebagai sebuah pace car, kereta ini dilengkapi sistem lampu khas dan grafik badan yang menyerlah selain warna merah menyala.

 

Honda Civic Type R Pace Car 2023

 

Honda dan perlumbaan ibarat lagu dan irama. HPD mempunyai tiga model Civic yang ditawarkan kepada pasukan perlumbaan.

Penawaran bermula dari model mampu milik Civic Si TCA dan disusuli Civic Type R TC. Pakej paling ekstrem pula terletak pada Civic Type R TCR.

Selain kereta yang siap untuk berlumba, HPD turut menawarkan pelbagai komponen termasuk enjin K20C1 'seketul',

Penulis: Muhammad Md Tajudin