
CL250 menggunakan rangka berlian dan nampak sedikit pelik pada bahagian tangki. Biasanya motosikal scrambler atau CL terdahulu menggunakan rekaan tangki yang lurus di bawah.
Apa pun, komponen lain seperti pelana, ekzos, ekor belakang dan tayar semi-block menonjolkan identiti sebuah scrambler.
Gayaan CL250 mengundang kepada ubah suai untuk menampakkannya lebih ranggi.
Dari segi dimensi, tinggi pelana ialah 790 mm dengan jarak kelegaan 165 mm. Panjang motosikal 2,175 mm, lebar 830 mm dan mempunyai berat 172 kg.

CL250 dibekalkan enjin MC57E 249cc sejukan cecair yang menghasilkan 23.6 hp pada 8,500 rpm dan tork 23Nm pada 6,250 rpm.
Enjin itu menggunakan transmisi enam kelajuan dan dilengkapi klac Assist & Slipper® (A&S) yang mengurangkan beban operasi pada tuil klac.
Sistem A&S juga mengurangkan loncatan roda belakang semasa gear diturunkan. Tangki yang dibekalkan mempunyai kapasiti 12 liter.
Memperlahankan dan menghentikan CL250 ialah brek hidraulik ABS dengan cakera tunggal untuk roda depan dan belakang.

Tayar depan berukuran 19 inci dengan saiz 110/80 dan 150/70 untuk tayar 17 inci belakang.
Ada tiga warna yang ditawarkan iaitu Candy Energy Orange, Pearl Cadet Gray dan Pearl Himalayas White.
Honda mensasarkan untuk menjual 7,000 unit CL250 setahun di Jepun dan berapa harganya? 621,500 yen (RM21,006.23).
Satu fakta menarik, Honda CL250 dipasang di negara jiran iaitu Thai Honda Co., Ltd.
Penulis: Muhammad Md Tajudin