Honda CMX1100 Rebel 2021 dilancarkan, cruiser dengan nadi Africa Twin

oleh Mohamad Hanif|
Untuk tahun 2021 yang bakal menjelang, Honda Motor Europe telah menambah sebuah lagi model baharu untuk pasaran tersebut, iaitu Honda CMX1100 Rebel, sebagai pelengkap kepada model CMX500 Rebel.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sudah pasti, model CMX1100 Rebel ini memiliki dimensi yang lebih besar berbanding CMX500 Rebel, di mana ketinggian tempat duduk sekitar 700 mm dan berat 223 kg.

 

 


Casis tubular steel frame itu disokong dengan penggunaan suspensi fork hadapan jenis katrij 43 mm, penyerap hentak belakang jenis piggyback, dan dibantu dengan sistem brek dengan angkup empat omboh di bahagian hadapan.

Enjin CMX1100 Rebel ini dipinjamkan secara terus daripada model CRF1100L Africa Twin, iaitu enjin 1,084 cc parallel twin yang menghasilkan 85.8 hp dan 98 Nm daya kilas pada putaran enjin 4,750 rpm.

 


Sebagai perbandingan, kuasa tersebut jauh lebih tinggi berbanding jentera Harley-Davidson Sportster Iron 1200 (66 hp/96 Nm).

Penampilan luaran Honda CMX1100 Rebel ini banyak disumbangkan dengan elemen minimalisme seperti rekaan mudguard hadapan dan belakang yang diperbuat daripada bahan keluli, lampu hadapan, cermin sisi dan panel meter berbentuk bulat yang melindungi paparan LCD negatif.

 

 


Tempat duduk belakang juga boleh dicabut dengan mudah bagi penunggang yang gemar perjalanan solo dan tidak memerlukan pembonceng di bahagian belakang, selain boleh memuatkan beg sadle yang terkandung dalam pakej aksesori Street atau Tour.

Aspek tunggangan Honda CMX1100 Rebel ini turut dibantu dengan ciri seperti ABS dua saluran, tiga tahap tetapan Honda Selectable Torque Control (HSTC), Wheelie Control, Cruise Control, serta pengurusan Throttle-by-Wire (TBW) yang menyediakan tiga mod tunggangan.

 


Untuk memastikan tunggangan lebih menyenangkan, Honda CMX1100 Rebel didatangkan dengan sistem transmisi DCT (sama seperti Honda CFR1100L Africa Twin) dengan tetapan penukaran gear automatik atau manual.

Terdapat juga versi kotak gear manual bagi mereka yang tidak mahukan sebuah jentera cruiser dengan transmisi klac berkembar itu.