Honda CR-V 2020 facelift - bermula dari RM139,913

oleh Mohamad Hanif|
Untuk merancakkan lagi pasaran SUV Segmen C di Malaysia, Honda Malaysia kini secara rasmi melancarkan versi facelift Honda CR-V 2020.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Semenjak tempahan dibuka pada Oktober yang lalu, Honda Malaysia telah berjaya memperoleh kira-kira 600 unit tempahan hanya dalam masa satu bulan sahaja.

Pencapaian ini dijangka bakal meneruskan penguasaaan Honda CR-V di dalam segmen SUV, apatah lagi sehingga Oktober 2020 sudah lebih daripada 104,000 unit CR-V telah terjual.

 


Honda CR-V 2020 membawakan rupa luaran yang telah dikemaskini dan lebih malar segar, dimulakan dengan penampilan gril berwarna hitam diikuti dengan garisan krom seakan sayap pada bahagian bumper hadapan.

Sementara bahagian belakang juga turut diberikan nafas baharu terutama penampilan garisan sayap berwarna krom pada bumper belakang, dan diakhiri dengan kemasan krom pada tip ekzos.

Set rim pula adalah bersaiz 18 inci yang didatangkan dengan rekaan baharu serta kemasan warna dua tona.

 


Untuk keselesaan penggunaan seharian, Honda CR-V turut didatangkan dengan beberapa ciri seperti kehadiran slot USB berkembar di bawah tuil penukaran gear, serta ciri tailgate berkuasa yang boleh diaktifkan menggunakan penderia pergerakan di bawah bumper.

Selain daripada itu, CR-V baharu juga turut dilengkapi dengan ciri bantuan menghidupkan enjin dari jarak jauh yang membenarkan pemandu memulakan operasi enjin dan menghidupkan pendingin hawa sebelum memasuki kenderaan.

Tidak dilupakan, ciri keselamatan Honda SENSING yang cukup lengkap merangkumi ciri-ciri berikut:
1. Adaptive Cruise Control (ACC)
2. Low Speed Follow (LSF)
3. Forward Collision Warning (FCW)
4. Collision Mitigation Braking System (CMBS)
5. Lane Departure Warning (LDW)
6. Road Departure Mitigation (RDM)
7. Lane Keep Assist System (LKAS)
8. Auto High Beam (AHB)

 


Ciri lain termasuklah amaran pemakaian tali pinggang keledar, Honda LaneWatch, enam beg udara, bantuan kestabilan Kenderaan (VSA), bantuan mula mendaki, Emergency Stop Signal (ESS), ABS, EBD, BA, Auto Brake Hold, Walk Away Auto Lock dan Sistem Pemantauan Tumpuan Pemandu.

Terdapat sehingga lima warna menarik (Lunar Silver Metallic, Passion Red Pearl, Modern Steel Metallic, Dark Olive Metallic dan Platinum White Pearl), harga jualan bermula dari RM139,913 untuk versi 2.0L 2WD sehingga RM162,910 untuk versi 1.5L TC-P 4WD.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Versi facelift ini tidak banyak membawakan perubahan yang ketara, kecuali pada bahagian bumper…