Honda CR-V 2023 Eropah, tiada enjin turbo, hanya hibrid dan PHEV

oleh Muhammad Md Tajudin|
Honda CR-V Eropah 2023
Honda CR-V Eropah 2023
Strategi elektrifikasi Honda di Eropah ialah dengan melambakkan kenderaan hibrid seperti CR-V Jazz, HR-V, Civic dan ZR-V e:HEV.

Untuk merasa enjin pembakaran dalaman (ICE) tunggal, pengguna ditawarkan pilihan yang ekstrem iaitu Civic Type R.

Terbaru Honda Eropah memperkenalkan CR-V generasi keenam dan seperti biasa dalam versi e:HEV dan meneruskan penawaran CR-V generasi kelima yang juga dalam versi hibrid.

Tidak hanya e:HEV, Honda turut memperkenalkan CR-V e:PHEV dan model hibrid plug-in pertama syarikat di benua itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Honda CR-V Eropah 2023

 

Kedua-dua sistem hibrid menggunakan nadi utama enjin petrol 2.0 liter pancitan terus kitaran Atkinson yang telah disemak semula bagi meningkatkan kecekapan dan prestasi dinamik.

CR-V e:HEV menggunakan rangkaian kuasa sama seperti Civic hatchback. CR-V dibekalkan bateri litium-ion dengan dua motor elektrik dan gandingan enjin petrol.

Sistem hibrid itu beroperasi atau berupaya menukar mod pemanduan di antara EV, Hybrid dan Engine Drive dengan lancar.

Honda tidak berkongsi maklumat seperti angka kuasa dan sebagainya.

 

Honda CR-V Eropah 2023

 

Sebagai rujukan, Civic e:HEV pasaran tempatan digerakkan enjin 2.0 liter dengan sistem i-MMD. Enjin itu menghasilkan 141 kuasa kuda (hp) pada 6,000 rpm dan tork 189Nm. 

Motor elektrik pula menghasilkan 181 hp (135kW) dan tork 315Nm dari sehingga 2,000 rpm. Kuasa dihantar kepada roda menggunakan transmisi E-CVT.

Secara ringkas, enjin petrol dan motor elektrik berfungsi secara bergandingan di mana enjin bertindak sebagai penjana dan motor elektrik menggerakkan roda.

Bukan seperti sistem penambah jarak (range extender), enjin masih lagi berfungsi secara konvensional bagi memacu roda pada keadaan tertentu.

 

Honda CR-V Eropah 2023

 

CR-V e:PHEV menggunakan motor elektrik sama seperti CR-V e:HEV dan mampu dipandu sejauh 82 kilometer menggunakan mod elektrik.

Inilah kelebihan PHEV, anda boleh memandu menggunakan mod elektrik tanpa membeli sebuah kenderaan elektrik.

Satu lagi kelebihan PHEV ialah pengguna tidak perlu bergantung atau meluangkan masa untuk mengecas kerana kereta sebegini masih lagi menggunakan bahan bakar.

Selain itu, CR-V e:PHEV hanya memerlukan 2.5 jam untuk mengecas dari kosong hingga 100 peratus asalkan bateri pada suhu 25 darjah.

 

Honda CR-V Eropah 2023

 

Dari segi rekaan, kedua-dua e:HEV dan e:PHEV dibezakan dengan gril yang mempunyai identiti tersendiri.

Secara keseluruhannya CR-V generasi keenam meneruskan reka bentuk bersahaja seperti yang boleh dilihat pada Civic dan City. Tiada garis dan permukaan dramatik.

Dari segi ukuran, CR-V baharu lebih besar dari semua sudut seperti panjang, lebar dan tinggi berbanding CR-V sebelum ini.

Ruang dalaman juga lebih luas dengan jarak roda dipanjangkan sebanyak 40 mm kepada 2700 mm.

 

Honda CR-V Eropah 2023

 

Ukuran itu membolehkan penumpang belakang menikmati tambahan ruang kaki sebanyak 16 mm.

Satu lagi yang menarik ialah kerusi belakang mempunyai lapan tahap rebahan dan tambahan sudut sebanyak 10.5 darjah. 

Kapasiti simpanan belakang juga meningkat sebanyak 18 peratus.

Dari segi keselamatan, CR-V 2023 merupakan model pertama yang dilengkapi teknologi Honda SENSING 360.

 

Honda CR-V Eropah 2023

 

Sistem baharu itu dengan teknologi keselamatan semua arah dan sistem bantuan pemanduan berfungsi dengan menyingkirkan titik buta di sekeliling kereta.

Sistem itu juga meningkatkan lagi keupayaan dalam mencegah kemalangan dengan mengurangkan beban pada pemandu.

Setelah diperkenalkan di beberapa buah negara termasuk Thailand, bila lagi giliran pasaran tempatan?

Khabarnya tahun ini dan berkemungkinan dengan rangkaian kuasa sama seperti Civic iaitu 1.5 liter turbo dan 2.0 liter e:HEV.

 

Honda CR-V Eropah 2023

 

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
SUV segmen C Honda CR-V pertama kali diuji pada tahun 2014, di mana ia berjaya memperoleh lima…
Berita Global
SUV itu muncul di booth Honda bersempena dengan acara Bangkok International Motor Show 2023 dengan…
Berita Domestik
Untuk makluman, Honda CR-V 2023 generasi baharu diperkenalkan secara rasmi di peringkat global pada…