Model prototaip CR-V FCEV yang dimaksudkan itu muncul buat kali pertama di acara Super Taikyu Series 2023 bertempat di Litar Fuji, hujung minggu yang lalu.

Spesifikasi sistem sel bahan api yang bakal digunakan pada CR-V FCEV itu masih lagi belum didedahkan.
Menurut Honda, ia merupakan sistem sel bahan api generasi baharu yang dibangun menerusi kerjasama dengan GM.

Berbanding sistem FCEV yang terdapat pada model Clarity, Honda dan GM telah berjaya mengurangkan kos pembangunan sebanyak satu pertiga, serta menambah baik tahap ketahanan dan rintangan terhadap suhu rendah.
Selain daripada kegunaan di dalam kenderaan peribadi, Honda turut menyasarkan sistem ini digunakan di dalam industri logistik dan pembinaan pada masa akan datang, dengan kos yang rendah, serta ketahanan yang lebih tinggi berbanding enjin diesel.
Sumber: Car Watch