Honda CR-V Hybrid Racer - makmal bergerak dibangunkan oleh Honda Performance Development

oleh Mohamad Hanif|
Setelah melancarkan beberapa kempen teaser, Honda akhirnya memperlihatkan secara rasmi jentera lumba CR-V Hybrid Racer.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Projek ini menggandingkan beberapa jabatan penting yang diketuai oleh jurutera Honda Performance Development (HPD), namun sayang sekali ia tidak akan muncul di mana-mana pusat pameran sebagai opsyen kit badan bagi mereka yang berminat untuk mengubah SUV CR-V menjadi lebih garang.
 

CR-V


Sekali imbas, nampak macam CR-V yang telah diubahsuai, akan tetapi sebenarnya jentera lumba ini menggunakan casis tiub kustom sebagai asas, sebelum dipasangkan dengan enjin IndyCar 2.2 liter turbo berkembar bentangan V6 di bahagian tengah.

Nadi V6 ini menggunakan 100 peratus bahan api diperbaharui yang dibekalkan oleh Shell untuk musim IndyCar 2023, dipadankan dengan kotak gear Xtrac enam nisbah kelajuan.
 

CR-V


Selain itu, ia juga menampilkan sistem hibrid unik yang terdiri daripada motor elektrik Empel dan super kapasitor daripada Skeleton Technologies.

Tidak seperti bateri tradisional, super kapasitor tidak mampu untuk menyimpan tenaga untuk tempoh masa yang lama.

Namun disebabkan tahap kecekapan yang tinggi dan mampu mengeluarkan banyak tenaga dengan lebih cepat, ia amat ideal untuk kenderaan berprestasi, seperti yang ditunjukkan oleh Lamborghini Sian 2021.
 

CR-V


Presiden dan pengarah teknikal HPD, David Salters mengesahkan CR-V Hybrid Racer ini mampu menghasilkan kuasa sekitar 800 hp.

Rupa luaran CR-V Hybrid Racer yang agresif ini diinspirasikan daripada jentera rali Group B era 80-an, dengan kehadiran pintu bukaan seperti rama-rama, sayap belakang gergasi, splitter hadapan, skirt sisi sporti, serta bukaan 'pintu belakang' yang tidak konvensional.

Sistem suspensi dan brek belakang diambil daripada jentera IndyCar, manakala suspensi dan brek depan pula dipinjamkan daripada Acura NSX GT3 Evo22.
 

CR0V


Memastikan SUV ini melekat atas jalan dengan baik ialah penggunaan tayar Firestone Firehawk Indy 500 bersaiz 285/35 depan dan 305/35 di belakang pada rim bersaiz 20 inci itu.

Honda CR-V Hybrid Racer ini akan muncul buat kali pertama di acara perlumbaan Grand Prix St. Petersburg hujung minggu ini, selain akan menjadi kereta demonstrasi litar pada beberapa acara IndyCar.

Buat masa ini, SUV lumba ini hanyalah bersifat binaan sekali (one-off), di mana Honda menyifatkannya sebagai makmal bergerak yang boleh memberikan pratonton era elektrifikasi IndyCar pada masa akan datang.