Honda CR-V kini dengan warna baharu Ignite Red Metallic, Meteoroid Gray Metallic

oleh Mohamad Hanif|
Honda Malaysia hari ini memperkenalkan dua pilihan warna baharu untuk SUV Honda CR-V 2022.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dua warna baharu itu ialah Ignite Red Metallic yang menggantikan Passion Red Pearl, serta Meteoroid Gray Metallic yang menggantikan Modern Steel Metallic.

Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura berkata, "Kedua-dua warna Ignite Red Metallic dan Meteoroid Gray Metallic mendapat sambutan yang memberangsangkan sejak ia diperkenalkan pada model City, City Hatchback, Civic, BR-V dan HR-V.
 

Honda CR-V


"Ignite Red Metallic menyumbang 18 peratus daripada jumlah jualan kelima-lima model itu, sementara Meteoroid Gray Metallic menyumbang sebanyak 24 peratus secara purata untuk enam buah model.

Dilancarkan pada tahun 2017, generasi kelima Honda CR-V telah terjual lebih 63,000 unit dan lebih 27,000 unit disumbangkan oleh model facelift yang dilancarkan pada November 2020.

Secara keseluruhan, Honda CR-V menyumbang sebanyak 12 peratus daripada jumlah jualan untuk tempoh Januari hingga Julai 2022.

Honda CR-V 2022 dikuasakan oleh enjin 1.5 liter turbo VTEC yang mampu menjana kuasa setinggi 193 PS dan 243 Nm, serta dilengkapi dengan teknologi keselamatan Honda SENSING.

Model SUV ini juga turut menawarkan pakej ruang yang luas, dengan kapasiti sebesar 522 liter dan boleh dibesarkan sehingga 1,084 liter apabila tempat duduk baris kedua dilipat.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Namun begitu kami yakin ia mampu dicapai berdasarkan rekod jualan yang baik bagi tahun lalu yang…
Berita Domestik
Pencapaian tersebut menjadikan Honda Malaysia kekal kedudukan nombor satu dalam negara untuk…
Berita Domestik
Sebagai varian yang paling tinggi dalam penawaran SUV CR-V generasi baharu, CR-V e:HEV RS…