Antara perubahan yang dibawakan termasuklah:
-tetapan transmisi klac berkembar (DCT) yang ditambahbaik untuk pengendalian lancar pada gear 1 dan 2
-skrin penghadang angin lebih pendek 110 mm dengan larasan lima tahap
-grafik 'Cracked Terrain' serba baharu

Dari segi kuasa, CRF1100 Africa Twin Adventure ini dikuasakan oleh enjin parallel-twin 1,084 cc yang mampu menghasilkan kuasa setinggi 100.6 hp @ 7,500 rpm dan daya kilas 105 Nm @ 6,250 rpm.
Kuasa itu disalurkan kepada roda menerusi transmisi DCT, sementara aspek tunggangan turut dibantu dengan sistem Honda Selectabile Torque Control (HSTC), unit pengukuran inersia enam paksi (IMU), cornering ABS, Rear Lift Control, serta empat mod tungganan (Urban, Tour, Gravel, Off-road).

Bukan itu sahaja, sistem suspensi juga didatangkan dengan empat mod berbeza (Soft, Mid, Hard dan Off-road) yang boleh ditetapkan mengikut keadaan semasa, serta satu mod USER untuk kebebasan penyesuaian.
Antara ciri kelengkapan yang ada termasuklah tangki bahan api 24.8 liter, hendal dengan ciri pemanas, lampu nyalaan siang DRL LED, lampu bantuan membelok, serta kawalan jelajah.

Skrin paparan TFT bersaiz 6.5 inci berwarna penuh itu turut menyokong sambungan kepada Apple CarPlay dan Android Auto, serta menawarkan sambungan menerusi USB dan Bluetooth.
Ditawarkan secara eksklusif dalam warna Pearl Glare White Tricolour, harga jualan Africa Twin 2022 bermula dari 117,888.