Honda CRF1100L Africa Twin 2024 untuk Jepun, perubahan enjin, tayar, rim, skrin

oleh Muhammad Md Tajudin|
Honda CRF1100L Africa Twin (Grand Prix Red) 2024
Honda CRF1100L Africa Twin (Grand Prix Red) 2024
Siri Honda CRF1100L Africa Twin boleh didapati di Jepun pada 21 Mac 2024 dengan perubahan spesifikasi dan penampilan.

Enjin 1,082 cc tidak dibiarkan bersahaja selepas diperkenal pada 2019. Honda mengoptimumkan kemasukan enjin dan membuat perubahan pada ekzos.

Nisbah mampatan dipertingkat kepada 10.5 daripada 10.1 dan pemasaan injap ditukar bagi menambah baik daya kilas maksimum.

Model yang dilengkapi transmisi cekam berkembar (DCT) kini mempunyai karakter yang lebih baik semasa memulakan tunggangan dan pada kelajuan rendah.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Honda CRF1100L Africa Twin Adventure Sports ES DCT
Honda CRF1100L Africa Twin Adventure Sports ES DCT

 

Honda menukar kawalan DCT pada julat kelajuan tersebut. Di peringkat antarabangsa, kira-kira separuh daripada pelanggan Africa Twin memilih transmisi DCT (kenal baré). 

Satu lagi perubahan ialah penggunaan skrin depan DURABIO™ yang merupakan resin polikarbonat berasaskan bio dan mesra alam sekitar.

Penggunaan bahan itu yang pertama seumpamanya di dunia untuk skrin depan motosikal.

 

Honda CRF1100L Africa Twin
Honda CRF1100L Africa Twin

 

Ciri-ciri Honda CRF1100L Africa Twin (s):

  • Tayar tanpa tiub baharu
  • Skrin dengan lima larasan dan bentuk reraut baharu bagi meningkatkan keselesaan dan prestasi kalis angin
  • Satu pilihan warna; Grand Prix Red untuk imej off road

Ciri-ciri Honda CRF1100L Africa Twin Adventure Sports ES:

  • Rim depan 19 inci baharu yang merendahkan pusat graviti, meningkatkan kendalian dan keselesaan semasa tunggangan jarak jauh
  • Bentuk reraut bahagian atas tengah ditukar bagi mengawal aliran angin dari depan dan mengurangkan keletihan yang berpunca dari angin
  • Satu pilihan warna; Pearl Glare White untuk imej sporti

 

Honda CRF1100L Africa Twin Adventure Sports ES
Honda CRF1100L Africa Twin Adventure Sports ES

 

Ciri-ciri persamaan Honda CRF1100L Africa Twin Adventure Sports ES dan Africa Twin (s):

  • Enjin SD13E, 1,082 cc, OHC (Unicam), 2 silinder sebaris
  • Pilihan transmisi 6 kelajuan manual atau 6 kelajuan DCT
  • 102 ps @ 7,5000 rpm, 112Nm @ 5,500 rpm
  • Lebar 960 mm

Ciri-ciri perbezaan Honda CRF1100L Africa Twin Adventure Sports ES dan Africa Twin (s):

  • Panjang: 2,305 mm (2,330 mm)
  • Tinggi: 1,475 mm (1,485)
  • Skrin tertinggi: 1,530 mm (1,540 mm)
  • Jarak roda: 1,570 mm (1,575 mm)
  • Jarak kelegaan bumi: 220 mm (250 mm)
  • Tinggi pelana: 840/820 mm (870/850 mm)
  • Kapasiti tangki: 24l (28l)
  • Berat: 243 kg (231 kg)
  • Tayar depan: 110/80R19M/C 59V (90/90-21M/C 54H)
  • Tayar belakang: 150/70R18M/C 70H (150/70R18M/C 70H)

 

Honda CRF1100L Africa Twin Adventure Sports ES DCT
Honda CRF1100L Africa Twin Adventure Sports ES DCT

 

Varian dan harga Honda CRF1100L Africa Twin 2024:

  • CRF1100L Africa Twin (s): 1,639,000 yen (RM51,643)
  • CRF1100L Africa Twin DCT (s): 1,749,000 yen (RM55,106)
  • CRF1100L Africa Twin Adventure Sports ES: 1,947,000 yen (RM61,342)
  • CRF1100L Africa Twin Adventure Sports ES DCT: 2,057,000 yen (RM64,807)

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Honda CRF1100L Africa Twin DCT (Grand Prix Red) 2024 Jepun 01
Honda CRF1100L Africa Twin DCT

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Meskipun membawakan elemen rekaan dari X-ADV, Honda NT1100 2022 sebenarnya menggunakan asas…
Berita Domestik
Tiga model tersebut adalah Honda CBR1000RR-R, Honda GL1800 Gold Wing dan Honda CRF1100L Africa Twin…