Honda dah buat 2 juta enjin bot! Bangunkan jenis elektrik pula

oleh Muhammad Md Tajudin|
Model konsep enjin elektrik Honda
Model konsep enjin elektrik Honda
Adalah satu fakta bahawa Honda sejak dahulu lagi bukan peneraju utama carta kenderaan terlaris dunia.

Berbeza dengan Kumpulan Volkswagen, Toyota atau Perikatan Renault Nissan Mitsubishi yang memayungi banyak jenama, Honda kekal solo.

Honda mempunyai kerjasama dengan syarikat lain seperti di China namun tidak seperti kumpulan automotif gergasi yang dinyatakan tadi.

Honda juga jarang atau sangat jarang membenarkan keretanya untuk direbadge yang bermakna Proton Perdana dari Accord dahulu satu projek ajaib dan luar biasa.

Walaupun tidak menduduki carta teratas, Honda adalah pengeluar utama enjin dari sekecil generator hingga enjin kenderaan darat dan air.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Honda GB30

Tahukah anda? Pengeluaran kumulatif enjin bot (outboard motor) Honda telah pun mencecah dua juta unit!

Kilang Hosoe Outboard Motor yang terletak di Hamamatsu, Jepun pula berusia 20 tahun!

Ada satu perkara menarik tentang falsafah di sebalik enjin bot Honda.

Pengasas Honda iaitu Soichiro Honda berpendapat; "Enjin bot bergerak di atas air dan tidak perlu mencemarkannya."

Honda bermula dengan enjin bot GB30 yang meletakkan asas kepada enjin bot empat lejang di pasaran sekarang.

Enjin Honda mempunyai impak alam sekitar yang rendah pada masa pasaran era 60-an didominasi oleh enjin dua lejang.

 

Kilang Hosoe

 

Dah ada dua kilang

Pengeluaran enjin bot Honda GB30 bermula di kilang Hamamatsu pada Julai 1964.

Honda kemudian memindahkan pengeluaran ke kilang enjin bot khas di Hosoe Outboard Motor Factory pada Oktober 2001.

Pada tahun 2015 Honda mula mengeluarkan enjin bot di kilang Honda Power Products CHINA dan kini angka dua juta telah berjaya dicapai.

Kilang di Hosoe mengeluarkan pelbagai model enjin kecil, sederhana dan besar yang berkuasa 8 hp hingga 250 hp.

Kilang di China pula mengeluarkan model berkuasa rendah dari 2 hp hingga 6 hp.

Apa pula selepas ini?

 

Protoaip enjin elektrik Honda

 

Honda masih kekal dengan prinsip pengasasnya untuk menghasilkan enjin mesra alam dan telah mengumumkan enjin kecil janaan elektrik.

Bagaimana nadi elektrik hendak berada di atas air? Elektrik dan air bukan sahabat baik!

Honda belum mendedahkan butiran terperinci namun apa yang jelas enjin itu mempunyai sifar emisi, bunyi rendah dan kurang gegaran.

Paling menyeronokkan ialah daya tujahan kuat pada permulaan seperti mana sifat nadi elektrik itu sendiri.

 

Honda Marine

 

Enjin bot itu juga menggunakan bateri boleh alih Honda Mobile Power Pack sebagai punca kuasa utama.

Betul juga, jika tiada bateri ganti di mana nak cas atas air?

Jika berjaya kelak, Honda bukan sahaja mempunyai kenderaan hijau di darat malah juga di atas air!

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Model konsep enjin elektrik Honda

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Seperti kei-car lain, N-VAN digerakkan enjin 660 cc bagi varian G, L, FUN, FUN STYLE+ NATURE …
Berita Global
Kemenangan pada tahun ini merupakan tahun kelima berturut-turut produk Honda memenangi anugerah Red…
Berita Global
  Ye Series juga menjadi jawapan kepada yang bertanya di mana EV Honda. Masih awal, belum…