Dua warna baharu tersebut adalah Clipper Yellow dan Candy Scintillate Red, manakala warna Pearl Nighfall Blue akan tetap ditawarkan termasuklah edisi Repsol untuk varian brek cakera berkembar.
Spesifikasi Honda Dash 125 tidak berubah dan masih mengekalkan enjin silinder tunggal sejukan udara 124.89 cc menghasilkan 9.9 kuasa kuda dan 9.54 Nm daya kilas serta transmisi manual empat kelajuan.
Harga jualan pula bermula dari RM5,999 untuk versi brek cakera tunggal dan RM6,299 untuk versi brek cakera berkembar manakala versi Repsol dengan brek cakera berkembar pula dijual pada harga RM6,499.