Honda Dash 125 dikemaskini untuk tahun 2022 - dari RM6,449

oleh Mohamad Hanif|
Boon Siew Honda mengemaskini penawaran bagi kapcai bersesaran 125 cc, iaitu Honda Dash 125 untuk tahun 2022.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Untuk kemaskini terbaharu ini, Honda Dash 125 2022 boleh didapati dalam tiga pilihan warna baharu, iaitu Candy Scintillate Red, Clipper Yellow dan Pearl Nightfall Blue.
 

Dash


Penampilan juga turut dikemaskini dengan unit lampu utama LED, panel instrumen dengan susunan baharu, diikuti dengan panel yang direka semula untuk tujuan aerodinamik.

Honda Dash 125 dikuasakan oleh enjin 124.9 cc yang patuh emisi Euro 4 dan menerima penafaran Kenderaan Cekap Tenaga (EEV), dengan kuasa sekitar 9.85 hp dan daya kilas 9.54 Nm, dipadankan dengan kotak gear empat kelajuan.
 

Dash


Selain itu, moped ini didatangkan dengan suspensi depan fork teleskopik, diikuti penyerap hentak berkembar dengan tetapan pra-muatan di bahagian belakang, serta brek cakera depan dan belakang.

Tinggi pelana adalah sekitar 767 mm dengan kapasiti tangki bahan api pula adalah sebesar empat liter.
 

Daash


Harga jualan bermula dari RM6,449, atau peningkatan sebanyak RM450 berbanding harga terdahulu.

Berita Berkenaan

Berita Global
Dengan harga jualan yang agak mahal, ia bukanlah sebuah motosikal untuk kebanyakan pengguna marhaen…
Berita Domestik
Warna yang dimaksudkan itu ialah Mat Charcoal Grey Metallic/Gold, Candy Scintillate Red, Force…
Berita Domestik
Pembeli dan peminat Y15ZR boleh mendapatkan model tersebut dalam warna kuning, perak, hijau matte…