Salah satu daripadanya adalah MNNTHBX yang dihasilkan oleh kerjasama beberapa pihak yang bertanggungjawab membawakan acara miniMOTO di Barber Motorsport Park, Alabama.

Mereka menyifatkan MNNTHBX sebagai salah satu jentera yang sesuai untuk kegunaan pit, dan disebabkan itu ia hadir dengan rekaan yang sporti, diikuti dengan layangan liveri berwarna merah, putih dan biru.
Tidak cukup dengan itu, MNNTHBX turut dilengkapi dengan penyerap hentak Ohlins di bahagian belakang, cagak aluminium billet, bar hendal posisi rendah Renthal, serta sistem ekzos Yoshimura daripada gentian karbon.

Menariknya, pihak pembangun memuatkan dua buah pembesar suara Kicker bersaiz 6.5 inci yang duduk diantara kaki penunggang, lengkap dengan komponen amplifier dan kawalan yang diintegrasikan pada tempat duduk.
Sebuah lagi model yang dipamerkan adalah hasil kerja tangan Steady Garage yang berasal dari California.

Menurut Kevin Dunn, pemilik bersama Steady Garage, untuk model Navi ini mereka banyak mengambil inspirasi daripada model Ruckus dan Grom, dan konsep yang dibawakan digelar sebagai Grom jalanan dengan stance yang rendah dan rim depan yang lebar.
Antara modifikasi lain yang dibuat termasuklah sistem ekzos kustom Vance & Hines, penyerap hentak Gears Racing, cat kustom dan diakhiri dengan 'pelana' yang diperbuat daripada gentian karbon.

Berita baik buat para peminat motosikal Navi, beberapa komponen sebenar yang digunakan pada projek Navi kustom ini boleh didapati secara rasmi, diikuti dengan sistem ekzos kustom Vance & Hinces, serta komponen aftermarket oleh Honda Signature Accessories.