Honda dedah dua teaser crossover: HR-V untuk Amerika, e:NY1 Prototype untuk Eropah

oleh Mohamad Hanif|
Honda baru-baru ini memperlihatkan teaser dua buah model crossover yang masing-masing bakal ditawarkan untuk pasaran Amerika Syarikat dan Eropah.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Untuk pasaran Amerika, Honda menjanjikan penampilan HR-V yang jauh lebih sporti dan bakal dilancarkan pada 4 April ini.

Teaser tunggal ini memaparkan reka bentuk lampu belakang LED yang menyamai lakaran konsep HR-V yang jauh lebih agresif dan dramatik jika dibandingkan dengan model HR-V yang ada di pasaran.

Seperti biasa, tiada perincian berhubung trenkuasa yang bakal ditawarkan.
 

e:Ny1


Untuk pasaran Eropah yang kini mempunyai regulasi emisi yang semakin ketat, adalah tidak wajar bagi Honda untuk terus memperkenalkan model enjin pembakaran dalaman konvensional.

Sebaliknya, mereka memperlihatkan prototaip crossover elektrik yang digelar sebagai e:Ny1.

Model pesaing kepada Kona Electric ini dipercayai menggunakan platform Honda e yang telah dipanjangkan, dan bakal memasuki pasaran Eropah menjelang tahun 2023.

Terdapat ura-ura e:Ny1 ini berkongsi spesifikasi yang sama dengan model konsep e:NS1 dan e:NP1 yang didedahkan di China sebelum ini, menampilkan pek bateri 68.8 kWh dan jarak pemanduan sejauh 500 km.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Jelasnya, pemeriksaan yang teliti terhadap keretanya telah dilakukan dan pihak Honda mendapati…
Berita Global
Menurut Consumer Reports, kempen panggil semula perlu dibuat disebabkan oleh risiko keselamatan…
Berita Domestik
Menurut perkongsian Noriya di Facebook, kereta yang diterimanya pada 26 Ogos 2023 mula mengalami…