Setelah beberapa kali model ujian diintip, diikuti dengan gambar paten yang tertiris di media dalam talian, Honda akhirnya mendedahkan beberapa keping gambar acah yang memaparkan kelibat rupa sebenar SUV yang bakal dilancarkan kelak.
Ia dilihat membawakan penggayaan yang serba baharu terutama pada bahagian belakang seakan sebuah model Volvo, diikuti dengan rekaan jeriji hadapan yang lebih besar.

Selain itu, Honda juga akan turut menekankan penggunaan trenkuasa hibrid baharu, dengan niat untuk menjadikan model hibrid separuh daripada jumlah jualan SUV tersebut.
Menurut Honda, sistem hibrid baharu ini lebih maju yang mampu menawarkan pengalaman pemanduan yang lebih sporti, serta lebih berkuasa.
Honda CR-V 2023 ini akan diperlihatkan secara rasmi pada musim panas tahun ini.