Honda e Type R - hot hatch dengan dua motor elektrik?

oleh Mohamad Hanif|
Selesai sudah pelancaran Honda e di Frankfurt Motor Show 2019 dan harga jualan juga sudah pun diumumkan secara rasmi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, ada satu kekurangan ketara yang terdapat pada Honda e - tiada sebarang versi prestasi tinggi yang diumumkan oleh Honda. 

Ini menyebabkan pereka Avarvarii membuat keputusan untuk melakar sebuah hot hatch fiksyen Honda e Type R yang dikatakan mampu menjadi pewaris kepada Honda City Turbo II suatu ketika dahulu. 

Jika dibandingkan dengan Honda e standard, Honda e Type R nampak lebih rendah melekap ke lantai, terima kasih kepada penggunaan pakej aerodinamik yang merangkumi skirt sisi, lip bumper hapapan serta spoiler bumbung di belakang. 

Selain daripada itu, Avarvarii turut memakaikan rim aloi yang lebih sporty serta tidak ketinggalan lencana Type R terpasang di bahagian hadapan.

Dari segi kuasa, tidak mustahil Honda e Type R akan menggunakan konfigurasi motor elektrik berkembar berbanding penggunaan motor elektrik tunggal yang ada pada Honda e standard. 

 


Namun, tinggalkan dahulu segala angan-angan di atas kerana menurut ketua projek Kohei Hitomi memberitahu Autocar, Honda tidak mempunyai sebarang perancangan untuk menghasilkan Honda e berprestasi tinggi ke pasaran. 

"Kami mahu membawakan dimensi nilai yang baharu kepada para pelanggan kami menerusi Honda e, jadi (Honda e Type R) tidak mungkin akan menjadi kenyataan buat masa ini," tambah beliau. 

Sumber gambar: Motores

Berita Berkenaan

Berita Global
Serentak dengan itu, Honda turut memaparkan satu mesej pada laman web di Jepun yang menyebut, "…
Berita Global
Untuk sebuah kereta di dalam kategori urban, Honda e sudah cukup cantik dengan jarak gerak sejauh…
Berita Global
Sayang sekali, tidak banyak perubahan teknikal dibawakan pada model edisi terhad ini, melainkan…