Honda e:TECHNOLOGY - pemacu produk elektrik berkecekapan tinggi Honda akan datang

oleh Mohamad Hanif|
Honda Motor Co. dalam masa yang sama turut mengumumkan sebuah nama baharu yang mewakili teknologi elektrifikasi kecekapan tinggi, Honda e:TECHNOLOGY.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia juga turut merangkumi produk-produk mobiliti elektrik dua dan empat roda, serta teknologi pengurusan tenaga Honda tersendiri. 

Di bawah visi 2030 Honda iaitu "value creation for mobility and people's daily lives", Honda e:TECHNOLOGY akan menggunakan aksara 'e' sebagai elemen utama dalam setiap pengenalan teknologi dan produk. 

Manakala dalam arena automobil pula, Honda memperkenalkan e:HEV sebagai satu nama komersil bagi sistem hibrid dua motor, dan ia diposisikan sebagai salah satu teknologi elektrifikasi utama dan sistem hibrid bagi kebanyakan kereta Honda. 

Antara model terawal yang bakal menggunapakai sistem e:HEV ini termasuklah Honda Jazz 2020 dan Honda Accord di mana kedua-dua model ini dijadualkan memasuki pasaran Jepun bermula Februari 2020.