Honda Fireblade Milik Schumacher Dilelong: Spesifikasi Litar, Harga ‘Murah Tak Masuk Akal’

oleh Qalif Latif|
“Barang yang disentuh lagenda, biasanya jadi pusaka.” Tapi dalam kes ini, ia adalah sebuah motosikal lumba sebenar yang pernah dimiliki dan ditunggang sendiri oleh Michael Schumacher dan harganya memang mengejutkan murah!
JAECOO Q4 MREC Banner Campaign November Starting: 3rd Nov

Sebuah Honda CBR1000RR Fireblade tahun 2010 yang telah diubah suai khas untuk kegunaan litar oleh Holzhauer Racing Performance (HRP), kini dibuka untuk bidaan. Apa yang menjadikannya lebih istimewa? Ia bukan motosikal replika atau tribute, tetapi jentera sebenar yang digunakan oleh Schumacher untuk hari trek peribadi.

Honda Fireblade

Dibina Khas, Bukan Sekadar Biasa

HRP telah mengubah model Fireblade ini daripada spesifikasi jalanan kepada spesifikasi litar penuh. Ia dilengkapi sistem ECU khas yang mengawal traction controlwheelie control dan spin control. Antara komponen lain termasuk:

  • Airbox perlumbaan

  • Penyejuk minyak (oil cooler)

  • Racing handlebar

  • Quick shifter

  • Sistem ekzos titanium Akrapovič

  • Dan pelbagai naik taraf lain (senarai penuh disertakan dalam fail jualan)

Lebih mengujakan, jarak perjalanan motosikal ini hanyalah sekitar 3,752 kilometer sahaja menjadikannya antara Fireblade lumba dalam kondisi terbaik di pasaran ketika ini.

Michael Honda Fireblade
Harga Yang Buat Ramai Tergamam

Jika anda sangka motosikal dengan nilai sejarah sebegini bakal mencecah ratusan ribu dolar, anda silap besar. Anggaran harga lelong untuk Fireblade milik Schumacher ini hanyalah sekitar €25,000 hingga €35,000, bersamaan lebih kurang RM129,000 hingga RM181,000. Untuk perbandingan, jentera juara WSBK 2007 milik James Toseland pernah dilelong hampir USD200,000.

Honda Blade Mic

Termasuk Helmet & Sarung Tangan Bertandatangan

Selain motosikal, pembeli juga akan menerima sebuah helmet Schuberth dan sepasang sarung tangan lumba, kedua-duanya ditandatangani sendiri oleh Schumacher.

Satu-satunya perkara yang perlu diberi perhatian ialah jentera ini sudah lama tidak dihidupkan atau digunakan. Maka, pemeriksaan teknikal serta servis lengkap amat digalakkan sebelum dibawa ke litar semula.

Michael Honda

Sumber: https://www.rideapart.com/news/765051/michael-schumacher-race-motorcycle-auction/

Berita Berkenaan

Berita Global
Dicanangkan sebagai Honda CBR600RR-R, ia merupakan penerus generasi CBR600RR yang telah dihentikan…