Honda Fit (Jazz) laku sampai 31k tempahan di Jepun

oleh Muhammad Md Tajudin|
Berdasarkan maklumbalas di laman media sosial Careta, ada yang kurang berkenan dengan Honda Fit atau Jazz generasi keempat.

Di antara rungutan yang diterima ialah reka bentuk bersahaja dan ringkas berbanding Jazz generasi sebelumnya.

Menurut Honda, reka bentuk tersebut dibuat berdasarkan falsafah baharu yang dipanggil 'Yoo no bi'.

Secara terperinci, konsep itu bermaksud menghargai kecantikan yang ada dalam barang-barang harian yang dibentuk dari semasa ke semasa bagi menjadikannya lebih cantik dan ergonomik untuk digunakan mengikut tujuannya.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023
Honda Fit

 

Menurut pereka Jazz baharu iaitu Baek Jongkuk, beliau mahukan sebuah kereta yang ringkas dan menjadi peneman kepada pemiliknya.

Dari situ jelas bahawa Honda mahu Jazz menjadi sebuah objek pengangkutan buat pemilik berbanding imej 'racy' dan menonjol yang dibawa dua generasi sebelumnya.

Dengan eksperimen terbaru ini adakah Fit gagal? Lebih menarik apabila Jazz bersaing dengan sebuah lagi model hangat iaitu Toyota Yaris.

Berdasarkan sambutan awal di Jepun, Fit berjaya malah luar biasa.

Jumlah tempahan Fit setakat 16 Mac 2020 sudah melebihi 31,000 unit sejak dibuka pada 13 Februari 2020.

Angka itu sebenarnya lebih tiga kali ganda sasaran Honda untuk sebulan iaitu sebanyak 10,000 unit.

 

Honda Fit

 

Berdasarkan corak tempahan, pengguna Jepun lebih menggemari model hibrid Fit e:HEV dengan jumlah sebanyak 72 peratus dengan baki untuk model petrol.

Bagi warna pula, 24 peratus pelanggan Fit e:HEV memilih Platinum White Pearl dan jumlah yang bagi Fit petrol memilih Premium Sunlight White Pearl.

Jadi apa khabar Jazz di negara kita? Belum ada sebarang berita dan selepas Jepun, Honda bakal menawarkan model tunggal Jazz e:HEV di Eropah.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Honda Fit

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Model ini bermula sebagai CBF125 yang mula dikeluarkan di India pada 2008 dan dijual di United…
Berita Global
Kecuali sportsbike Honda CBR500R yang masih lagi kekal dengan nama lama, Honda telah menjenamakan…
Berita Global
Amalan itu sebenarnya turut dipraktikkan di negara-negara tertentu demi memastikan penawaran model…