Honda Fit RS 2022 dengan kit Honda Access Jepun!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Honda Fit RS 2022 dengan kit Honda Access
Honda Fit RS 2022 dengan kit Honda Access
Honda Fit (Jazz) generasi keempat diperkenalkan di Jepun pada 2019 dan tidak dipasarkan secara meluas seperti generasi sebelum itu.

Di antara pasaran yang tidak menerima Fit ialah negara ASEAN (kecuali Singapura), Amerika Utara dan Australia.

Walaupun begitu Honda menggantikan Fit di sesetengah pasaran seperti ASEAN dan Amerika Selatan.

Tahun ketiga di pasaran, Honda memperkenalkan Fit rupa baru (facelift) untuk pasaran Jepun pada awal Oktober 2022.

Pada masa yang sama Honda Access memperkenalkan sejumlah aksesori untuk model Fit seperti Home, Basic, Luxe, Crosstar dan semestinya varian sporti Fit e:HEV RS.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Honda Fit RS Honda Access 2022

 

Aksesori yang ditawarkan tidak begitu ketara hingga mengubah terus Fit e:HEV RS dan hanya terhad kepada lampu kabus LED dalam pilihan warna kuning atau putih.

Lampu itu sangat berfungsi dalam cuaca buruk dan menampakkan lagi kehadiran kereta.

Apa lagi yang aksesori luaran yang ada? Itu sahaja selain logo H warna hitam dan cermin sisi boleh lipat automatik. 

Fit e:HEV RS sebenarnya sudah lengkap dengan bampar depan agresif, skirt sisi dan spoiler. 

 

Honda Fit RS Honda Access 2022

 

Lampu kabus LED tersebut berbeza dari segi harga dengan warna kuning dijual pada 33,000 yen (RM1030) dan 30,800 yen (RM961) untuk warna putih.

Suhu warna juga berbeza iaitu 5,800K untuk warna putih dan 2,700K bagi warna kuning. Cermin lipat pula berharga 11,000 yen (RM343).

Bahagian dalam pula lebih banyak aksesori yang boleh dipasang seperti berikut:

  • Lampu suluhan ke permukaan jalan dengan logo Fit
  • Pelapik ambang pintu dengan nyalaan
  • Lampu lantai
  • Nyalaan pada pemegang dan poket pintu
  • Pedal aluminium
  • Pengecas tanpa wayar
  • Hon Euro

 

Honda Fit RS Honda Access 2022

 

Kepada yang berkenan dengan Honda Fit, seperti yang dikatakan tadi ianya tidak ditawarkan secara rasmi dan bukan masalah besar.

Sudah ada pengedar yang membawa masuk unit terpakai Fit dari Jepun dan ditawarkan pada harga RM122 ribu hingga RM130 ribu bergantung kepada varian.

Harga itu juga dalam lingkungan sebuah lagi produk JDM iaitu Honda N Box.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Honda Fit RS Honda Access 2022